Sunday, November 18, 2007

UPSR 2007 telahpun diketahui, seramai lebih 42 ribu pelajar berjaya mendapat 5A. Bagi pelajar yang tidak mendapat 5 A janganlah risau kerana perjalanan akademik masih jauh. Ibu bapa yang anaknya tidak mendapat 5 A jangan terus menerus menekan dan kecewa dengan pencapaian anak-anak. %A UPSR hanya satu perhentian untuk melihat pencapaian anak-anak di peringkat rendah. Merekamasih perlu meneruskan pejalanan pelajaran mereka di peringkat yang lebih tinggi iaitu PMR, SPM dan STPM.
Ibu bapa harus terus menerus memberikan sokongan kepada anak-anak mereka untuk terus meningkatkan pencapaian di peringkat yang lebih tinggi. Banyak pengalaman yang boleh saya kongsi dengan ibu bapa. Anak yang bernama AIMAN hanya mendapat 2A 3B ketika UPSR, tetapi mampu mencapai keputusan yang baik ketika dalam kelas sekarang tingkatan 2 Akik SMK Dato' Hj. Mohd Nor Ahmad. Aktif berpesatuan dan sangat rajin dalam memasuki apa juga pertandingan. Ada juga rakan-rakan yang anaknya mendapat 4 A dalam UPSR mampu mendapat 8 A dalam PMR. Sebaliknya anak yang UPSRnya 5 A belum tentu memperoleh 8 A dalam PMR.












Kejayaan anak-anak tidak boleh diukur dengan pencapaian akademik sahaja tetapi perlu dilihat dari keseluruhan aspek, khususnya dalam pembangunan personaliti anak-anak itu sendiri. Kita hendak menghasilkan anak yang mempunyai personaliti unggul. PAndai belajar sahaja belum tentu anak ini mempunyai daya tahan yang hebat untuk berkomunikasi dengan masyarakat. Oleh itu anak-anak perlu mempunyai kepimpinan dalaman dan luaran yang baik. Personalitinya mesti unggul. Jika anak ini mampu berdiri didepan halayak dan berucap atau berpidato meyakinkan khalayak tentang sesuatu projek, produk atau apa sahaja tajuk yang diberikan....ia adalah anak yang unggul. Ibu patut bangga dengan pencapaian mereka. Oleh itu tidak hairanlah jika ibu bapa yang positif terus menerus menyokong anak-anak mereka yang mempunyai cita-cita atau impian nya yang tersendiri. Oleh itu, 5 A UPSR bukan apa-apa.....(bukan tak beerti langsung) Ia penting namun bukan satu perkara yang membawa kepada ketaksuban. Jika anak kita mampu menperolehi 5 A pujilah itu hak mereka.....kemudian tunjukkan kepada mereka laluan yang perlu ditempuhi 3 tahun akan datang...jangan biarkan mereka hayal dengan kejayaan. bagi yang tidak memperolehi 5 A....jadikan ranjau 3 tahun kehadapan sebagai satu cabaran untuk melangkah lebih gagah. Yang berjaya tahniah daripada saya...yang gagal bukan bererti tewas tetapi ia mencabar kita untuk menjadi lebih dewasa....gagah.....dan lebih yakin untuk mengejar kejayaan...Beranilah berdepan dengan pencapaian yang ada dan berusahalah untuk mencapai tahap yang lebih baik. InsyaALLAh anak-anak akan berjaya, jika berusaha dan berdoa selain bersyukur dengan pencapaian diri anda sendiri.

Tuesday, November 13, 2007

Progran memantapkan akademik anak di SMK Seri Balik Pulau

PAda 14 November jam 9 hingga 11 malam, ssya akan menyampaikan satu slot ceramah bertajuk memantapkan pencapaian akademik pelajar sessi 2008. Sessi ini akan dihadiri oleh pelajar tingkatan 2 hingga tingkatan 4 sekolah SMK Seri Balik Pulau. Ada dua perkara pokok yang saya akan beri penekanan. Pertama aspek motivasi diri dan kedua aspek personaliti diri. Peringkat pertama, motivasi diri akan menekankan tentang membina matlamat, pengurusan masa, pemikiran positif dan yakin diri, rajin dan usaha, sentiasa bermotivasi, bertanggungjawab dan berdisiplin serta amanah. Peringkat kedua kupasan akan dibuat untuk tajuk personaliti. membina personaliti dalam minda, melahirkan personaliti pelajar yang mantap dan angun dan memperkukuhkan personaliti agar menjadi insanyang cemerlang. Pemahaman tentang personaliti akan menggunakan beberapa teknik lukisan. Antaranya lukisan terdampar di sebuah pulau, lukisanlima unsur, lukisan rumah pokok dan orang, lukisan naik tangga dan banyak lagi.

Semoga slot ini dapat membantu pelajar menjadi insan yang lebih bersedia untuk mencapai keputusan akademik yang lebih baik pada sesi persekolahan 2008. InsyaAllah.

Monday, November 5, 2007

Anak-anak ketika bershoping.

Suatu ketika, semasa berada dalam kereta menanti isteri dan anak-anak habis shoping di pasaraya Sunshine, Bayan Baru telinga saya tertarik amat dengan suara kanak-kanak berusia kurang 3 tahun berkomunikasi denan ibu bapanya. Ayah berkata kepada isterinya dengan bahasa ibu...."bu, cepatlah kita makan di MCDonald dulu ye", menanti jawapan dari isterinya. Ibu lantas bersuara sambil tangannya ditarik oleh seorang anak kecil berusia kira-kira kurang 3 tahun, lelaki. "sat le....". Si anak kemudiannya melepaskan tangan ibunya.....lalu memegang tangan ayahnya sambil berkata "ayah......kita pegi carefour (sebenarnya maksud baby ini ialah sunshine squere)..dulu ye.....ye....ye, pas tu baru kita pegi makan...." sambil menari tangan ayahnya menuju ke pasaraya sunshine. " mai le ayah....maile bu.....ia terus berlari-lari anak menuju ke pintu masuk sunshine squere. Ayah dan ibu tak berkata apa-apa....hanya memerhatikan anaknya yenag begitu "excited" untuk ke sana.

Menariknya, anak ini tak tahu membacapun lagi...tak tahu membezakan ini carefour ke atau sunshine...baginya itu tak penting yang lebih menariknya ialah di situ ramai orang...banyak barangan.....boleh minta apa sahaja daripada ibu bapa mereka. Lebih menarik lagi ia berkomunikasi dengan ibu bapanya seolah-olah mereka ini rakan atau orang yang boleh dan mendengar kata arahan darinya.

Saya terpegun dengan dialog anak ini. Bagaimana ia sekecil ini sudah ada mempunyai keupayaan untuk mengeluarkan "bahasa arahan". ia berhasil, kerana ayah dan ibu tidak jadi masuk ke McDonald.

Wednesday, October 31, 2007

Rakan lama dari Kuala Lumpur

Semasa dalam perjalan pulang dari Bangi ke Pulau Pinang, kira-kira menghampiri R & R Tapah, HP berdering dan bila mendengar suara di sebelah sana, seorang ibu memperkenalkan dirinya. Rupanya ibu ini telah cuba menghubungi saya beberapa kali tetapi gagal. Kali ini beliau berjaya dan nada suaranya cukup gembira. Fokus perbincangan lebih tertumpu untuk menghantar anak sulungnya yang sekarang berusia 14 tahun dan sedang bersekolah di VI, Kuala Lumpur. Kami pernah berjumpa dan mengadakan sesi AnakkuSayang bersama staff CELCOM di Kuantan satu ketika dulu. Sudah lebih setahun beliau berpindah ke KL atas urusan kerja. Sayangnya saya baru melepasi KL. Daripada cerita ibu ini, anaknya memang bagus. katanya lagi anaknya cukup popular di sekolah. saya ingat anak ini kerana ia mudah mengikut apa yang guru atau penceramah sarankan, misalnya luahkan perasaan, pendapat atau kata-kata tanpa takut (ini orang barat selalu buat, tanpa mengira orang yang menjadi "lawan" kita itu siapa...tua atau muda...ibu bapa....kakak...pak cik atau makcik)Ok, tetapi kecendrungan baru anaknya ialah ia mudah dipengaruhi oleh orang yang mempunyai kekuatan personaliti, misalnya ustaz, guru, rakan atau siapa sahaja yang mempunyai personaliti yang lebih kuat. Jika pertembungan idea berlaku dan beliau melihat idea itu lebih kuat, ia akan mengubah pendiriannya tanpa mengira kesan sampingan yang muncul. Baru-baru ini, anaknya ingin mengikut saranan seorang ustaz sehingga mampu mendorong beliau untuk meminta ibubapanya menghantar beliau ke sekolah agama yang kosnya beribu US dollar.
Pemikiran dan personaliti anak sebegini ada bahayanya. Pertamanya dalam usia 14 tahun, personalitinya belum kukuh. masih tercari-cari identiti. Mindanya juga belum matang dan mantap sehingga ia mudah terpengaruh kepada "niat' orang yang menyampaikan ideologinya. Ketiganya, emosinya bercelaru dan mudah terbawa-bawa kepada sesuatu yang ia sendiri kurang pasti. Masih dalam ujikaji atau "experiment".
Solusinya,
pertama anak ini hampir dengan ibu bapa dan begitu juga sebaliknya.
kedua, anak ini suka mengambil sesuatu yang baru tetapi tidak faham atau tahu baik dan buruk perkara yang diambil ke atas diri atau persekitarannya. Ia mengambil idea baru bukan atas dasar ia benar-benar faham tetapi kerana "pengaruh niat" penyampainya begitu kuat. Ketiga, selalulah memndalami personaliti anak, mengirinya dengan ilmu semasa dan terkehadapan serta memahaminya perubahan bukan sahaja fizikal tetapi idea dan emosi mereka. Ingat mereka sentiasa menganggap kita "terkebelakang" berbanding mereka. keempat, berdoalah kepada Allah swt supaya anak dan keluarga kita dilindungi daripada orang-orang yang menindas dan suka membuat aniaya. InsyaAllah. Kita merancang, tuhan juga merancang dan Allah swt adalah sebaik-baik perancang. Moga saya dapat bertemu dengan anak ini satu hari nanti.

Friday, October 26, 2007

Petua Menghadapi peperiksaan SPM.

Pagi ini 27 Oktober, hari sabtu saya menghadiri perjumpaan hari raya di SMKA Al -Mashoor (L), Pulau Pinang. Jam 8.00 pagi saya bersama-sama anak-anak di sekolah tersebut mengadakan bacaan surah Yasin. Dengan satu niat atau pelbagai niat bergantung kepada individu. Niat untuk mendapat semua A. Niat untuk mendapat ketenangan hati dan kebijaksanaan, niat untuk mudah ingat dan mudah hafal dan pelbagai niat yang lain. Ada ustaz menyarankan sebelum memulakan majlis, elok diperbetulkan niat. Cara memperbetulkan niat dengan beristifar sebanyak 3 kali, disusuli dengan niat dan kemudian membaca lahuawalakuwatabillahillah hingga selesai sebanyak 3 kali juga. Kali ini ustaz menyarankan, selain niat sebelum membaca surah Yasin, elok juga jika kita bacakan ayat Ya dan Sin itu sebanyak 7 kali dan disertakan dengan niat atau hajat yang kita pohonkan kepada Allah s.w.t. Kemudian apaliba kita sampai ke ayat ke-58, "salamun qaulam-mirrabir-rahim", ulang 7 kali dan sekali lagi niatkan apa hajat kita kepada Allah w.w.t. seikhlasnya. SubhanaALLAH. tuhan sahaja yang mengetahui apa hikmahnya atau ilmu nya di situ.

habis bacaan Yasin, kami beramai-ramai melaksanakan solat sunat Duha dan sunat Hajat. Marilah kita sama-sama sebenarnya mengambil ikhtibar dan pengalaman daripada aktiviti ringkas ini mudahan-mudahan ia mendapat rahmat dari Allah s.w.t. dan anak-anak mendapat suksess. InsyaALLAH. Kerana.....kita merancang dan Allah s.w.t. juga merancang,......perancangan Allah itu sebaik-baik perancangan.....bertawakallah kita.

Thursday, October 25, 2007

Sifat berkira anak-anak

Hari raya merupakan hari yang dinanti-nantikan oleh anak-anak. Sebabnya mudah sahaja, hari itu adalah hari terbuka untuk mereka mengumpul wang raya. Sudah menjadi kebiasaan apabila habis cuti raya, ibu bapa akan kekeringan bajet sementara anak-anak pula mempunyai lebih banyak duit. Bukan menjadi suatu yang pelik bila ibu bapa terpaksa meminjam atau meminta bantuan anak-anak untuk menanpung keperluan hariam keluarga. Apa salahnya, bukankah kita hidup sekeluarga. Berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing. Namun, apa pula pandangan anak-anak kepada situasi ini. Bertuahlah ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang memahami dan sanggup menyumbang wang mereka untuk dipinjamkan atau yang lebih menyentuh perasaan memberikan wang tersebut kepada ibu bapa mereka tanpa banyak bicara. Saya teringat kisah seorang anak bernama Muhammad Afiq Rabani. Anak ini ketika itu baru berusia 10 atau 11 tahun. Tanpa disedari oleh ibu bapa, mengayuh basikal pergi ke Kentucky Fried Chicken membeli ayam goreng untuk keluarganya. Belanja makan tengahri semua ahli keluarga yang ketika itu berada di rumah. Ia menggunakan duit rayanya. Ibu bapanya terpegun dan tidak menyangka perilaku beliau, terharu kerana anak ini bersendirian mengayuh basikal ke kedai tanpa menghiraukan keselamatan diri. Hanya kerana mahu belanja keluarganya makan ayam goreng. Itu kita hormati walaupun caranya tidak kena.

Bagaimana pula kisah along seperti yang saya dengar melalui radio era pada 26 Oktober 2007, selepas antar anak ke sekolah. Satu hari ibubapanya menduga anak ini setelah melihat saban hari along asyik mengira wang kutipan rayanya. Along belanjalah 'mama' makan roti canai. Along kata spontan "ok". Jadi keesokkannya mereka kekedai dan alongpun belanja mereka sekeluarga bersarapan roti canai. Namun yang tak sedapnya, setiap kali along dimarahi ibubapanya ia akan sebut balik "duit" belanjanya itu. Tidak kita di mana. katanya " mama ini asyik marah along tetapi minta along belanja". Situasinya.....memang berbeza dengan kita ibu bapa, kita tidak pernah menyebut kembali apa yang kita belanja untuk anak-anak......walaupun bukan sedikit di kalangan mereka yang menyakiti atau menguris hati kita......

Wednesday, October 24, 2007


Terapi anakkusayang bermula dengan temujanji antara ibu bapa dan anak dengan Dr. Main selaku moderator. Kehadiran ibubapa adalah wajib. Tanpa salah seorang dari mereka, kejayaan sesi terapi ini tidak akan diperolehi sepenuhnya. Oleh itu ibubapa perlu bersedia sedaya dan seikhlasnya untuk menjayakan sesi terapi ini. Terapi adalah proses pembinaan diri semula. ia melibatkan aktiviti fizikal, emosi, psikologi dan spiritual. Elemen yang paling ampuh ialah aplikasi doa dan penerimaan doa antara ibu bapa dan anak.

Proses Trapi Anakkusayang

Program Anakukusayang

Profail Program Anakkusayang Dr. Main Rindam
Pernahkah anda terfikir, mengapa ada anak-anak yang bermasalah walaupun baru berusia setahun jagung lagi?. Benarkah masalah anak-anak boleh dikaitkan secara langsung dengan ibu bapa yang terlalu sibuk dengan kerjaya mereka. Apa pula hubungan anak-anak yang terlalu manja dengan datuk dan nenek mereka. Bagaimana pula kita hendak menjawab tingkah laku anak-anak yang diletakkan di bawah asuhan pembantu rumah mereka daripada warga Indonesia lebih fasih berbahasa Indonesia berbanding bahasa ibunda. Apa pula tanggapan kita bila anak-anak yang dihantar ke tadika membawa pulang pelbagai tabiat yang menjengkelkan kita, sedangkan kita tidak pernah mengajarnya di rumah.

Apakah maksud Program Anakkusayang?
Program anakkusayang bukan satu program biasa. Ceramah atau syarahan biasa. Penyampaiannya meliputi teori dan praktikal berhubung kaedah untuk mengenali personaliti anak-anak, menambahbaikkan hubungan dengan anak-anak dan memperkukuh hubungan dengan anaka-anak. Secara ringkas, Program anakkusayang merujuk kepada cara mengenali personaliti anak, menambahbaikkan hubungan ibubapa-anak agar dapat mencapai matlamat kehidupan keluarga yang harmonis dan ketiga memperkukuhkan hubungan ibubapa-anak ini menggunakan pendekatan anakusayang.

Tuesday, October 23, 2007

Anak Ku Sayang

Siri program anakku sayang Dilaksanakan untuk menangani Isu:

  • Masalah disiplin anak yang rapuh dan membimbangkan
  • Masalah keluarga yang meruntun kearah kerosakan disiplin anak
  • Masalah masyarakat yang melahirkan generasi terhakis disiplin
  • Vendalism, gengsterisme & kecemerlangan akedemik
  • Kekuarangan kaunselor
  • Beban kerja seorang kaunselor
  • Rasa rendah diri untuk menemui kaunselor
  • Kaunseling adalah proses yang panjang dan membosankan

hubungi Dr. Main Rindam