Monday, April 28, 2008

Pembangunan staf

Asalamualaikum wbt.

Pada 3 Mei 2008, saya akan mengendalikan program pembangunan staf +team building di SMKTeknik Tengku Abdul Rahman Balik Pulau. Bina pasukan merupakan cara kita membina pasukan kerja yang mantap. Pasukan kerja yang mantap hanya benar-benar praktikal jika semua ahlinya mempunyai impian dan matlamat yang sama. Impian dan matlamat yang sama ini menjadi hala tuju pasukan untuk mencapai tahap produktiviti yang tinggi.

Program ini akan bermula daripada jam 9.00 pagi berterusan hingga jam 4.00 petang.

Monday, April 7, 2008

Anak dan seorang ayah...."ingin suasana selamat"

Asalamaualaikum wbt.
Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.
Sudah anda memulakan hidup anda dengan doa, kerana doa itu satu satu sifat tawakal.
Sudah anda memulakan hidup anda dengan spirulina kerana ia memberikan anda protin yang tinggi.
Sudahkan anda menghantar mesej positif menerusi kuasa minda anda.....aktifkanlah.
saya ingin berkongsi cerita dengan anda....cerita biasa tetapi sering kita alami.
Ketika saya dalam perjalanan ke Shah Alam dari Pulau Pinang, saya bersama Che Din (orang hebat dari Smart Naco) telah menjemput seorang kawan, Azrul. Seorang ayah yang masih muda dan beranak satu. Dalam keasyikan bersembang dan melayan perasaan masing-masing sepanjang perjalan dalam keselesaan kerana berada di dalam sebuah BMW, tiba-tiba sekitar jam 11 malam, telefon Azrum berdering.....terdengar sayup-sayup suara babynya yang berusia 2 tahun lebih. Suara itu sedang menangis....tersesak-esak......seorang anak kecil yang sedang mencari bapanya. Kemudian terdengar suara sang Isteri yang memberitahu suaminya bahawa...anak tunggal mereka tidak mahu tidur kerana ayahnya tidak ada. Ia memberitahu lagi si anak kecil itu sedang menangis bertanyakan mana ayah.....mana aya mak.....ayah mana mak.....berulang-ulang dan berulang kali. Sehingga ia mendengar suara si ayah di hujung talian memujuk manja dan penuh sabar........baby tidur ye......ayah esok balik.......baby tidur dulu ye.....ayah tak pergi lama....esok ayah balik. Kemudian talian terhenti.......Selang beberapa minit, si ibu menelefon lagi......memberitahu si suami, anak sudah tidur. Ayah merasa lega dan kelegaan itu terpancar pada air mukanya.
Akan tertidur lena kerana ia sudah mendengar suara ayah di hujung talian.....satu mesej ringkas....ayahnya selamat dan berada dekat dengannya. Mesej itu juga menjadikan dirinya sangat yakin yang ia berada dalam situasi yang selamat...lalu ia mampu terlena. Ayah apabila mendengar si ibu berkata, anak sudah tidur lena....ia juga merasa selamat dan selesa untuk bekerja serta mampu mengeluarkan tenaga dan semangatnya dengan sepenuh rasa yakin untuk melaksanakan tugas mencari rezeki buat keluarga tercinta. SubhanaAllah.
Keselamatan adalah satu keperluan asas seorang manusia tanpa mengira usia. Selain keselamatan manusia juga memerlukan 8 keperluan lain seperti kebebasan, cabaran, keinginan untuk diterima, berkembang, saling bertukar-tukar dan berkomunikasi. Tanpa keperluan-keperluan asas ini manusia tidak boleh bergerak dan hidup sempurna.
Dalami pengetahuan anda berhubung ilmu parenting bersama saya mengenai tajuk 9 keperluan manusia atau insam menerusi program MyPersonaliti yang akan diadakan secara PREVIEW tidak lama lagi. Sebarang pertanyaan anda boleh terus menghubungi menerusi SMS sahaja di talian 019-4654089 atau e-mail drmainrindam@yahoo.com.
Semoga kita berjumpa lagi. InsyaAllah.