Wednesday, October 31, 2007

Rakan lama dari Kuala Lumpur

Semasa dalam perjalan pulang dari Bangi ke Pulau Pinang, kira-kira menghampiri R & R Tapah, HP berdering dan bila mendengar suara di sebelah sana, seorang ibu memperkenalkan dirinya. Rupanya ibu ini telah cuba menghubungi saya beberapa kali tetapi gagal. Kali ini beliau berjaya dan nada suaranya cukup gembira. Fokus perbincangan lebih tertumpu untuk menghantar anak sulungnya yang sekarang berusia 14 tahun dan sedang bersekolah di VI, Kuala Lumpur. Kami pernah berjumpa dan mengadakan sesi AnakkuSayang bersama staff CELCOM di Kuantan satu ketika dulu. Sudah lebih setahun beliau berpindah ke KL atas urusan kerja. Sayangnya saya baru melepasi KL. Daripada cerita ibu ini, anaknya memang bagus. katanya lagi anaknya cukup popular di sekolah. saya ingat anak ini kerana ia mudah mengikut apa yang guru atau penceramah sarankan, misalnya luahkan perasaan, pendapat atau kata-kata tanpa takut (ini orang barat selalu buat, tanpa mengira orang yang menjadi "lawan" kita itu siapa...tua atau muda...ibu bapa....kakak...pak cik atau makcik)Ok, tetapi kecendrungan baru anaknya ialah ia mudah dipengaruhi oleh orang yang mempunyai kekuatan personaliti, misalnya ustaz, guru, rakan atau siapa sahaja yang mempunyai personaliti yang lebih kuat. Jika pertembungan idea berlaku dan beliau melihat idea itu lebih kuat, ia akan mengubah pendiriannya tanpa mengira kesan sampingan yang muncul. Baru-baru ini, anaknya ingin mengikut saranan seorang ustaz sehingga mampu mendorong beliau untuk meminta ibubapanya menghantar beliau ke sekolah agama yang kosnya beribu US dollar.
Pemikiran dan personaliti anak sebegini ada bahayanya. Pertamanya dalam usia 14 tahun, personalitinya belum kukuh. masih tercari-cari identiti. Mindanya juga belum matang dan mantap sehingga ia mudah terpengaruh kepada "niat' orang yang menyampaikan ideologinya. Ketiganya, emosinya bercelaru dan mudah terbawa-bawa kepada sesuatu yang ia sendiri kurang pasti. Masih dalam ujikaji atau "experiment".
Solusinya,
pertama anak ini hampir dengan ibu bapa dan begitu juga sebaliknya.
kedua, anak ini suka mengambil sesuatu yang baru tetapi tidak faham atau tahu baik dan buruk perkara yang diambil ke atas diri atau persekitarannya. Ia mengambil idea baru bukan atas dasar ia benar-benar faham tetapi kerana "pengaruh niat" penyampainya begitu kuat. Ketiga, selalulah memndalami personaliti anak, mengirinya dengan ilmu semasa dan terkehadapan serta memahaminya perubahan bukan sahaja fizikal tetapi idea dan emosi mereka. Ingat mereka sentiasa menganggap kita "terkebelakang" berbanding mereka. keempat, berdoalah kepada Allah swt supaya anak dan keluarga kita dilindungi daripada orang-orang yang menindas dan suka membuat aniaya. InsyaAllah. Kita merancang, tuhan juga merancang dan Allah swt adalah sebaik-baik perancang. Moga saya dapat bertemu dengan anak ini satu hari nanti.

Friday, October 26, 2007

Petua Menghadapi peperiksaan SPM.

Pagi ini 27 Oktober, hari sabtu saya menghadiri perjumpaan hari raya di SMKA Al -Mashoor (L), Pulau Pinang. Jam 8.00 pagi saya bersama-sama anak-anak di sekolah tersebut mengadakan bacaan surah Yasin. Dengan satu niat atau pelbagai niat bergantung kepada individu. Niat untuk mendapat semua A. Niat untuk mendapat ketenangan hati dan kebijaksanaan, niat untuk mudah ingat dan mudah hafal dan pelbagai niat yang lain. Ada ustaz menyarankan sebelum memulakan majlis, elok diperbetulkan niat. Cara memperbetulkan niat dengan beristifar sebanyak 3 kali, disusuli dengan niat dan kemudian membaca lahuawalakuwatabillahillah hingga selesai sebanyak 3 kali juga. Kali ini ustaz menyarankan, selain niat sebelum membaca surah Yasin, elok juga jika kita bacakan ayat Ya dan Sin itu sebanyak 7 kali dan disertakan dengan niat atau hajat yang kita pohonkan kepada Allah s.w.t. Kemudian apaliba kita sampai ke ayat ke-58, "salamun qaulam-mirrabir-rahim", ulang 7 kali dan sekali lagi niatkan apa hajat kita kepada Allah w.w.t. seikhlasnya. SubhanaALLAH. tuhan sahaja yang mengetahui apa hikmahnya atau ilmu nya di situ.

habis bacaan Yasin, kami beramai-ramai melaksanakan solat sunat Duha dan sunat Hajat. Marilah kita sama-sama sebenarnya mengambil ikhtibar dan pengalaman daripada aktiviti ringkas ini mudahan-mudahan ia mendapat rahmat dari Allah s.w.t. dan anak-anak mendapat suksess. InsyaALLAH. Kerana.....kita merancang dan Allah s.w.t. juga merancang,......perancangan Allah itu sebaik-baik perancangan.....bertawakallah kita.

Thursday, October 25, 2007

Sifat berkira anak-anak

Hari raya merupakan hari yang dinanti-nantikan oleh anak-anak. Sebabnya mudah sahaja, hari itu adalah hari terbuka untuk mereka mengumpul wang raya. Sudah menjadi kebiasaan apabila habis cuti raya, ibu bapa akan kekeringan bajet sementara anak-anak pula mempunyai lebih banyak duit. Bukan menjadi suatu yang pelik bila ibu bapa terpaksa meminjam atau meminta bantuan anak-anak untuk menanpung keperluan hariam keluarga. Apa salahnya, bukankah kita hidup sekeluarga. Berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing. Namun, apa pula pandangan anak-anak kepada situasi ini. Bertuahlah ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang memahami dan sanggup menyumbang wang mereka untuk dipinjamkan atau yang lebih menyentuh perasaan memberikan wang tersebut kepada ibu bapa mereka tanpa banyak bicara. Saya teringat kisah seorang anak bernama Muhammad Afiq Rabani. Anak ini ketika itu baru berusia 10 atau 11 tahun. Tanpa disedari oleh ibu bapa, mengayuh basikal pergi ke Kentucky Fried Chicken membeli ayam goreng untuk keluarganya. Belanja makan tengahri semua ahli keluarga yang ketika itu berada di rumah. Ia menggunakan duit rayanya. Ibu bapanya terpegun dan tidak menyangka perilaku beliau, terharu kerana anak ini bersendirian mengayuh basikal ke kedai tanpa menghiraukan keselamatan diri. Hanya kerana mahu belanja keluarganya makan ayam goreng. Itu kita hormati walaupun caranya tidak kena.

Bagaimana pula kisah along seperti yang saya dengar melalui radio era pada 26 Oktober 2007, selepas antar anak ke sekolah. Satu hari ibubapanya menduga anak ini setelah melihat saban hari along asyik mengira wang kutipan rayanya. Along belanjalah 'mama' makan roti canai. Along kata spontan "ok". Jadi keesokkannya mereka kekedai dan alongpun belanja mereka sekeluarga bersarapan roti canai. Namun yang tak sedapnya, setiap kali along dimarahi ibubapanya ia akan sebut balik "duit" belanjanya itu. Tidak kita di mana. katanya " mama ini asyik marah along tetapi minta along belanja". Situasinya.....memang berbeza dengan kita ibu bapa, kita tidak pernah menyebut kembali apa yang kita belanja untuk anak-anak......walaupun bukan sedikit di kalangan mereka yang menyakiti atau menguris hati kita......

Wednesday, October 24, 2007


Terapi anakkusayang bermula dengan temujanji antara ibu bapa dan anak dengan Dr. Main selaku moderator. Kehadiran ibubapa adalah wajib. Tanpa salah seorang dari mereka, kejayaan sesi terapi ini tidak akan diperolehi sepenuhnya. Oleh itu ibubapa perlu bersedia sedaya dan seikhlasnya untuk menjayakan sesi terapi ini. Terapi adalah proses pembinaan diri semula. ia melibatkan aktiviti fizikal, emosi, psikologi dan spiritual. Elemen yang paling ampuh ialah aplikasi doa dan penerimaan doa antara ibu bapa dan anak.

Proses Trapi Anakkusayang

Program Anakukusayang

Profail Program Anakkusayang Dr. Main Rindam
Pernahkah anda terfikir, mengapa ada anak-anak yang bermasalah walaupun baru berusia setahun jagung lagi?. Benarkah masalah anak-anak boleh dikaitkan secara langsung dengan ibu bapa yang terlalu sibuk dengan kerjaya mereka. Apa pula hubungan anak-anak yang terlalu manja dengan datuk dan nenek mereka. Bagaimana pula kita hendak menjawab tingkah laku anak-anak yang diletakkan di bawah asuhan pembantu rumah mereka daripada warga Indonesia lebih fasih berbahasa Indonesia berbanding bahasa ibunda. Apa pula tanggapan kita bila anak-anak yang dihantar ke tadika membawa pulang pelbagai tabiat yang menjengkelkan kita, sedangkan kita tidak pernah mengajarnya di rumah.

Apakah maksud Program Anakkusayang?
Program anakkusayang bukan satu program biasa. Ceramah atau syarahan biasa. Penyampaiannya meliputi teori dan praktikal berhubung kaedah untuk mengenali personaliti anak-anak, menambahbaikkan hubungan dengan anak-anak dan memperkukuh hubungan dengan anaka-anak. Secara ringkas, Program anakkusayang merujuk kepada cara mengenali personaliti anak, menambahbaikkan hubungan ibubapa-anak agar dapat mencapai matlamat kehidupan keluarga yang harmonis dan ketiga memperkukuhkan hubungan ibubapa-anak ini menggunakan pendekatan anakusayang.

Tuesday, October 23, 2007

Anak Ku Sayang

Siri program anakku sayang Dilaksanakan untuk menangani Isu:

  • Masalah disiplin anak yang rapuh dan membimbangkan
  • Masalah keluarga yang meruntun kearah kerosakan disiplin anak
  • Masalah masyarakat yang melahirkan generasi terhakis disiplin
  • Vendalism, gengsterisme & kecemerlangan akedemik
  • Kekuarangan kaunselor
  • Beban kerja seorang kaunselor
  • Rasa rendah diri untuk menemui kaunselor
  • Kaunseling adalah proses yang panjang dan membosankan

hubungi Dr. Main Rindam