Friday, October 26, 2007

Petua Menghadapi peperiksaan SPM.

Pagi ini 27 Oktober, hari sabtu saya menghadiri perjumpaan hari raya di SMKA Al -Mashoor (L), Pulau Pinang. Jam 8.00 pagi saya bersama-sama anak-anak di sekolah tersebut mengadakan bacaan surah Yasin. Dengan satu niat atau pelbagai niat bergantung kepada individu. Niat untuk mendapat semua A. Niat untuk mendapat ketenangan hati dan kebijaksanaan, niat untuk mudah ingat dan mudah hafal dan pelbagai niat yang lain. Ada ustaz menyarankan sebelum memulakan majlis, elok diperbetulkan niat. Cara memperbetulkan niat dengan beristifar sebanyak 3 kali, disusuli dengan niat dan kemudian membaca lahuawalakuwatabillahillah hingga selesai sebanyak 3 kali juga. Kali ini ustaz menyarankan, selain niat sebelum membaca surah Yasin, elok juga jika kita bacakan ayat Ya dan Sin itu sebanyak 7 kali dan disertakan dengan niat atau hajat yang kita pohonkan kepada Allah s.w.t. Kemudian apaliba kita sampai ke ayat ke-58, "salamun qaulam-mirrabir-rahim", ulang 7 kali dan sekali lagi niatkan apa hajat kita kepada Allah w.w.t. seikhlasnya. SubhanaALLAH. tuhan sahaja yang mengetahui apa hikmahnya atau ilmu nya di situ.

habis bacaan Yasin, kami beramai-ramai melaksanakan solat sunat Duha dan sunat Hajat. Marilah kita sama-sama sebenarnya mengambil ikhtibar dan pengalaman daripada aktiviti ringkas ini mudahan-mudahan ia mendapat rahmat dari Allah s.w.t. dan anak-anak mendapat suksess. InsyaALLAH. Kerana.....kita merancang dan Allah s.w.t. juga merancang,......perancangan Allah itu sebaik-baik perancangan.....bertawakallah kita.

No comments: