Sunday, August 22, 2010

Apa bila anak tidak mahu ke sekolah.

Asalamualaikum wbt.
Alhamdulillan Ya Rabb & Selawat Ke atas nabi s.a.w.
(Petikan dari Buku TIPS - Dr. Main Rindam)

Sepanjang saya melibatkan diri dalam dunia motivasi sudah lebih 20 tahun ini salah satu isu yang dibawa oleh ibu bapa ialah masalah anak yang tidak mahu ke sekolah. Ada yang menterjemahkan masalah ini sebagai anak malas mahu ke sekolah atau dalam bahasa inggerisnya di kenali sebagai school refusal. Bagi menjawab soalan ini saya membuat penyelidikan buat panduan ibu bapa yang berhadapan dengan isu yang sama. Berdasarkan pengamatan saya, ini memng berlaku kepada anak yang berusia antara 5 hingga 7 tahun dan anak yang berusia antara 11 hingga 14 tahun. Apapun alasan anak, ibu bapa mahupun guru, perkara ini berlaku ada kaitannya dengan beberapa perilaku atau pembawaan berikut dan jika anda teliti dengan penuh muasabah ia benar-benar berlaku:
Enxiety (kemurungan)
Menangis berterusan
Panas baran atau menunjukkan kemarahan
Tidak mahu duduk dalam bilik berseorangan
Mengikuti ibu bapa kemana sahaja ibu bapa bergerak dalam rumah
Mahu sentiasa dipegang ibu bapa
Sangat bimbang keselamatan ibu bapa
Bimbang tentang keselamatan dirinya
Takut binatang dan hantu (monster?)
Sukar tidur
Mempunyai mimpi ngeri.

Ibu bapa tentu perasan, apabila kita benarkan mereka duduk dirumah maka anak-anak ini akan serta merta baik dan tidak ada apa-apa yang berlaku. Sebenarnya berdasarkan pengalaman saya, ramai ibu bapa di luar sana yang berdepan dengan masalah ini secara serious lebih lebih lagi bila ia belaku setiap hari. Mana mahu menangan masalah anak lagi, kerja, suami dan diri sendiri. Ada sesetengah ibu bapa terpaksa “berumah” atau “berpejabat” di sekolah. Bukan begitu.

Masalah ini sebenarnya bermula daripada rumah. Bagi kebanyakan kes ia bermula setelah anak ini tinggal dalam tempoh yang lama di rumah bersama ibu bapa mereka. Antaranya dalam tempoh bercuti, ia mungkin juga dalam tempoh berlakunya kekalutan dalam keluarga, keluarga baru berpindah ke tempat baru baik pindah rumah, kerja atau sekolah, kematian ahli keluarga atau haiwan kesayangan. Malah ia juga berlaku kepada anak-anak yang terlalu rapat dengan ibu bapa mereka terutamanya anak bungsu atau anak yang memang mahukan perhatian yang lebih.

Ingat, anak yang tidak mahu ke sekolah dalam tempoh melebihi satu minggu atau lebih lama mempunyai potensi besar untuk mendapat masalah akademik mahupun masalah sosial. Jika anak mempunyai enxiety atau kemurungan dan ia tidak ditangani dengan baik, anak ini akan berpotensi mendapat masalah kemurungan yang serious. Anak yang berusia 11 hingga 14 atau yang lebih dewasa yang tidak mahu pergi sekolah memerlukan “rawatan” atau perhatian yang lebih serious.

Tidak mahu kesekolah boleh juga melibatkan tempoh dua minggu atau lebih lama dan ada kes yang tidak mahu ke sekolah langsung. Fenomenanya cukup mudah dikesan, anak-anak akan protes atau membrontak. Ada anak yang protes dan berargumentasi dengan ibu bapa setiap pagi. Macam-macam alasan dibuat bagi menolak arahan ibu bapa mereka supaya mereka ke sekolah. Ada yang terpaksa datang tetapi ada yang kemudiannya menghilangkan diri dari sekolah seperti ponteng kelas atau sekolah. Bukankah ini juga benar-benar pernah berlaku kepada diri kita atau pengalaman kita. Budak ini akan sentiasa mencari jalan supaya ia tidak ke sekolah dan berdalih kepada ibu bapa mereka supaya dirinya tidak ke sekolah sebaliknya duduk di rumah sahaja. Isu tidak ke sekolah datang daripada diri anak atau budah itu sendiri bukan daripada masalah rumah.

Ketahuilah anak-anak tidak mahu ke sekolah selalunya di sebabkan faktor berikut:
Mengelak situasi di sekolah yang menyebabkan dirinya murung atau tertekan
Mengelak daripada bertemu dengan orang yang tidak disukai di sekolah
Mengelak situasi tidak selesa di sekolah seperti tidak siap kerja rumah, kena denda, kena membentang kerja di hadapan kelas, ujian dan sebagainya.
Mahu mendapatkan perhatian daripada ibu bapa
Mahu lebih berseronok dengan ahli keluarga seperti abang atau adik selain ibu bapa mereka.


Sekarang apa yang perlu kita buat. Sebagai ibu bapa yang berdepan dengan masalah ini, apa tindakan yang boleh kita buat. Pertama kenalpasti masalah ini dengan betul. Adakah ia soal kerja sekolah yang banyak dan tidak siap, tekanan rakan sebaya atau hanya satu cara anak menagih kasih atau perhatian. Perhatikan dengan betul takut ia ada masalah sosial di sekolah. Mungkn ini ada kaitan dengan kemahirannya menyelesaikan masalah seperti buli. Siasat perkara ini dengan pihak sekolah. Ada anak yang tidak boleh sesuaikan diri dengan peraturan sekolah dan tidak ke sekolah adalah cara terbaik mengelakkan diri mereka dari bertembung dengan peraturan tersebut. Perkara penting yang ibu bapa perlu tahu ialah perbuatan tidak ke sekolah sebenarnya satu cara anak-anak menyelesaikan masalah yang berlaku pada dirinya. Penting sekali sebab apa yang anak kita buat akhirnya akan menjebakkan diri anak kita kepada masalah yang lebih teruk.

Lalu apa tindakan sebenar yang kita perlu buat? Kita perlu bantu anak ini kemahiran menyelesaikan masalah. Supaya bila masalah timbul, dalam keadaan apa juga sekali pun mereka boleh berfikir dengan betul dan tahu menyelesaikanya dengan berkesan.
Anak anda mengadu bosan di sekolah (sebenarnya mereka marah). Lalu ibu bapa kena beritahu anak-anak pergi sekolah adalah tanggungjawab mereka.
Ini berkaitan motivasi. Ia berkaitan konsekwensi atau kemuliaan. Motivasi ialah kenapa kena pergi sekolah. Pergi sekolah ialah untuk belajar kemahiran menyelesaikan masalah. Motivasi sama dengan soalan kenapa kita pergi kerja. Untuk beri makan kepada anak-anak, diri sendiri. Kita kerja kuat untuk dapatkan rumah lebih selesa dan kereta, pakaian serta perkhidmatan yang lebih baik. Kalau tak bangun kerja, mana nak dapat semuanya. Malas kerja kita bleh dipecat. Sama kesnya dengan anak yang tidak suka sekolah. Kalau tidak sekolah bagaimana kita nak dapat kerja yang baik. Jadi sebagai ibu bapa kita kena bawa anak ke sekolah dan bantu mereka menyelesaikan masalah yang mereka hadapi dengan mengenalpasti masalah kenapa mereka tidak mahu ke sekolah.

Motivasinya mudah. Anak-anak suka ganjaran lalu berikan insentif untuk mereka. Kalau pergi sekolah, ayah bawak makan KFC. Kalau pergi sekolah, Ayah bagi tengok TV, Kalau pergi sekolah ayah belanja makan. Kalau pergi sekolah nanti ayah dan mak bawak pergi Langkawi atau tempat-tempat menarik yang lain. Anak tak mahu pergi sekolah tidak ada kaitan dengan mereka lewat bangun pagi tetapi ada faktor lain. Kenal pasti masalah tersebut. Mengenalpasti masalah adalah satu kemahiran yang perlu dimiliki oleh ibu bapa.

Jangan takut untuk menggunakan konsekwensi atau batas. Ketika kita kecil kita ada pegangan untuk tidak melaksanakan tanggungjawab. Begitu juga anak kita ia ada konsekwensi untuk melaksanakan tanggungjawab untuk ke sekolah. Jadi ibu bapa perlu betul-betul faham antara konsekwensi dengan hukuman supaya pertimbangan yang diambil nanti tepat dan tuntas. Anak tidak mahu kesekolah adalah anak yang menolak usaha ibu bapa mereka. Anak yang tidak mahu kesekolah adalah anak yang merancang untuk gagal.

Cara menangani anak tidak mahu ke sekolah

Sekiranya masalah tidak mahu ke sekolah berlarutan lebih daripada dua minggu sudah tentu ada yang tidak kena pada anak kita. Oleh itu, ibu bapa perlu mencari kaedah terbaik untuk mengatasinya supaya tidak timbul masalah akademik dan juga emosi anak. Langkah berikut boleh digunakan sebagai panduan.
Berjumpa dengan guru anak untuk berbincang tentang masalah anak yang tidakmahu ke sekolah.
Tanya kepada guru kaunseling di sekolah untukmembantu menyelesaikan masalah anak yang tidak mahu ke sekolah. Gur kaunseling akan menemubual anak untuk mengetahui masalah sebenar mengapa anak kita tidakmahu ke sekolah.
Bergantung kepada dianoksis, rawatan boleh sahaja mengambil salah satu daripada perkara berikut:
Medikasi untuk mengubati sitom kemurungan atau tekanan
Latihan santai
Penguatan positif secara berangsur-angsur supaya kembali ke sekolah secara normal
Kaunseling individu untuk menyelami perasan mengapa tidak suka ke sekolah dan menyelidikai perkara negatif di sekolah serta mengajar kemahiran untuk berdepan dengan kemurungan.
Latihan untuk membangun sosial dan kemahiran menyelesaikan masalah.
Latihan parenting kepada ibu bapa untuk berdepan dengan perilaku negatif secara efisyen dan juga memberi penghargaan kepada perilaku positif.
Kaunseling keluarga bagi membantu keluarga menguruskan konflik dan komunikasi dengan efisyen.

Apa yang boleh saya katakan ialah anak kita, tanpa mengira apa latar belakang mereka, apa juga umur mereka, apa juga kaum mereka, warna kulit mereka atau di mana mereka tinggal mereka mahu penyampaikan satu pesanan kepada kita. Mereka mahu terlibat, bertaut atau berhubung langsung dengan sekolah. Mereka mahu wujud satu pertalian antara diri mereka dengan sekolah. Hubungan yang bersifat telus. Mereka mahu merasai atau memunyai di mana mereka berada dan itulah yang mereka lakukan di sekolah. Bukan untuk diri mereka sendiri tetapi juga untuk ibu bapa dan juga guru mereka.

Hubungana nak denga sekolah menjadi rapat jika mereka datang ke sekolah secara kerap. Tidak ponteng. Sentiasa menyematkan dalam fikiran mereka “Sekolah memberikan kebaikan kepada diri mereka”. Barulah orang yang ada di sekolah tersebut menghargai apa yang dirinya sumbangkan kepada sekolah. Dalam erti kata lain kita sebagai ib bapa kena menanamkan dalam minda, emosi dan suara hati anakkita bahawa mereka kena selalu berfikiran dan merasakan diri mereka ada hubungan langsung dengan sekolah. Naifnya uniform sekolah, buku, lencana, adalah sebahagian proses tersebut. Perasaan sekolah adalah kepunyaan mereka menjadi semakin kuat bila kit aberikanmereka tanggung jawab seperti menerusi persatuan, sukan mahupun permainan dalaman.

Apa yang lebih anak-anak kita perlukan di sekolah ialah penghargaan, sama seperti di rumah. Mereka mahu guru menyambut atau memberi salam dengan memangil nama mereka. Mereka mahu guru memberikan jaminan apa yang mereka pelajari di sekolah dapat menjamin masa depan mereka. Ada sekolah menjadikan dua perkara ini sebagai satu keutamaan. Namun banyak sekolah yang lepas pandang. Bagi sekolah yang tidak, anak-anak kita terpaksa mencari motivasi mereka sendiri untuk ke sekolah.