Sunday, August 22, 2010

Apa bila anak tidak mahu ke sekolah.

Asalamualaikum wbt.
Alhamdulillan Ya Rabb & Selawat Ke atas nabi s.a.w.
(Petikan dari Buku TIPS - Dr. Main Rindam)

Sepanjang saya melibatkan diri dalam dunia motivasi sudah lebih 20 tahun ini salah satu isu yang dibawa oleh ibu bapa ialah masalah anak yang tidak mahu ke sekolah. Ada yang menterjemahkan masalah ini sebagai anak malas mahu ke sekolah atau dalam bahasa inggerisnya di kenali sebagai school refusal. Bagi menjawab soalan ini saya membuat penyelidikan buat panduan ibu bapa yang berhadapan dengan isu yang sama. Berdasarkan pengamatan saya, ini memng berlaku kepada anak yang berusia antara 5 hingga 7 tahun dan anak yang berusia antara 11 hingga 14 tahun. Apapun alasan anak, ibu bapa mahupun guru, perkara ini berlaku ada kaitannya dengan beberapa perilaku atau pembawaan berikut dan jika anda teliti dengan penuh muasabah ia benar-benar berlaku:
Enxiety (kemurungan)
Menangis berterusan
Panas baran atau menunjukkan kemarahan
Tidak mahu duduk dalam bilik berseorangan
Mengikuti ibu bapa kemana sahaja ibu bapa bergerak dalam rumah
Mahu sentiasa dipegang ibu bapa
Sangat bimbang keselamatan ibu bapa
Bimbang tentang keselamatan dirinya
Takut binatang dan hantu (monster?)
Sukar tidur
Mempunyai mimpi ngeri.

Ibu bapa tentu perasan, apabila kita benarkan mereka duduk dirumah maka anak-anak ini akan serta merta baik dan tidak ada apa-apa yang berlaku. Sebenarnya berdasarkan pengalaman saya, ramai ibu bapa di luar sana yang berdepan dengan masalah ini secara serious lebih lebih lagi bila ia belaku setiap hari. Mana mahu menangan masalah anak lagi, kerja, suami dan diri sendiri. Ada sesetengah ibu bapa terpaksa “berumah” atau “berpejabat” di sekolah. Bukan begitu.

Masalah ini sebenarnya bermula daripada rumah. Bagi kebanyakan kes ia bermula setelah anak ini tinggal dalam tempoh yang lama di rumah bersama ibu bapa mereka. Antaranya dalam tempoh bercuti, ia mungkin juga dalam tempoh berlakunya kekalutan dalam keluarga, keluarga baru berpindah ke tempat baru baik pindah rumah, kerja atau sekolah, kematian ahli keluarga atau haiwan kesayangan. Malah ia juga berlaku kepada anak-anak yang terlalu rapat dengan ibu bapa mereka terutamanya anak bungsu atau anak yang memang mahukan perhatian yang lebih.

Ingat, anak yang tidak mahu ke sekolah dalam tempoh melebihi satu minggu atau lebih lama mempunyai potensi besar untuk mendapat masalah akademik mahupun masalah sosial. Jika anak mempunyai enxiety atau kemurungan dan ia tidak ditangani dengan baik, anak ini akan berpotensi mendapat masalah kemurungan yang serious. Anak yang berusia 11 hingga 14 atau yang lebih dewasa yang tidak mahu pergi sekolah memerlukan “rawatan” atau perhatian yang lebih serious.

Tidak mahu kesekolah boleh juga melibatkan tempoh dua minggu atau lebih lama dan ada kes yang tidak mahu ke sekolah langsung. Fenomenanya cukup mudah dikesan, anak-anak akan protes atau membrontak. Ada anak yang protes dan berargumentasi dengan ibu bapa setiap pagi. Macam-macam alasan dibuat bagi menolak arahan ibu bapa mereka supaya mereka ke sekolah. Ada yang terpaksa datang tetapi ada yang kemudiannya menghilangkan diri dari sekolah seperti ponteng kelas atau sekolah. Bukankah ini juga benar-benar pernah berlaku kepada diri kita atau pengalaman kita. Budak ini akan sentiasa mencari jalan supaya ia tidak ke sekolah dan berdalih kepada ibu bapa mereka supaya dirinya tidak ke sekolah sebaliknya duduk di rumah sahaja. Isu tidak ke sekolah datang daripada diri anak atau budah itu sendiri bukan daripada masalah rumah.

Ketahuilah anak-anak tidak mahu ke sekolah selalunya di sebabkan faktor berikut:
Mengelak situasi di sekolah yang menyebabkan dirinya murung atau tertekan
Mengelak daripada bertemu dengan orang yang tidak disukai di sekolah
Mengelak situasi tidak selesa di sekolah seperti tidak siap kerja rumah, kena denda, kena membentang kerja di hadapan kelas, ujian dan sebagainya.
Mahu mendapatkan perhatian daripada ibu bapa
Mahu lebih berseronok dengan ahli keluarga seperti abang atau adik selain ibu bapa mereka.


Sekarang apa yang perlu kita buat. Sebagai ibu bapa yang berdepan dengan masalah ini, apa tindakan yang boleh kita buat. Pertama kenalpasti masalah ini dengan betul. Adakah ia soal kerja sekolah yang banyak dan tidak siap, tekanan rakan sebaya atau hanya satu cara anak menagih kasih atau perhatian. Perhatikan dengan betul takut ia ada masalah sosial di sekolah. Mungkn ini ada kaitan dengan kemahirannya menyelesaikan masalah seperti buli. Siasat perkara ini dengan pihak sekolah. Ada anak yang tidak boleh sesuaikan diri dengan peraturan sekolah dan tidak ke sekolah adalah cara terbaik mengelakkan diri mereka dari bertembung dengan peraturan tersebut. Perkara penting yang ibu bapa perlu tahu ialah perbuatan tidak ke sekolah sebenarnya satu cara anak-anak menyelesaikan masalah yang berlaku pada dirinya. Penting sekali sebab apa yang anak kita buat akhirnya akan menjebakkan diri anak kita kepada masalah yang lebih teruk.

Lalu apa tindakan sebenar yang kita perlu buat? Kita perlu bantu anak ini kemahiran menyelesaikan masalah. Supaya bila masalah timbul, dalam keadaan apa juga sekali pun mereka boleh berfikir dengan betul dan tahu menyelesaikanya dengan berkesan.
Anak anda mengadu bosan di sekolah (sebenarnya mereka marah). Lalu ibu bapa kena beritahu anak-anak pergi sekolah adalah tanggungjawab mereka.
Ini berkaitan motivasi. Ia berkaitan konsekwensi atau kemuliaan. Motivasi ialah kenapa kena pergi sekolah. Pergi sekolah ialah untuk belajar kemahiran menyelesaikan masalah. Motivasi sama dengan soalan kenapa kita pergi kerja. Untuk beri makan kepada anak-anak, diri sendiri. Kita kerja kuat untuk dapatkan rumah lebih selesa dan kereta, pakaian serta perkhidmatan yang lebih baik. Kalau tak bangun kerja, mana nak dapat semuanya. Malas kerja kita bleh dipecat. Sama kesnya dengan anak yang tidak suka sekolah. Kalau tidak sekolah bagaimana kita nak dapat kerja yang baik. Jadi sebagai ibu bapa kita kena bawa anak ke sekolah dan bantu mereka menyelesaikan masalah yang mereka hadapi dengan mengenalpasti masalah kenapa mereka tidak mahu ke sekolah.

Motivasinya mudah. Anak-anak suka ganjaran lalu berikan insentif untuk mereka. Kalau pergi sekolah, ayah bawak makan KFC. Kalau pergi sekolah, Ayah bagi tengok TV, Kalau pergi sekolah ayah belanja makan. Kalau pergi sekolah nanti ayah dan mak bawak pergi Langkawi atau tempat-tempat menarik yang lain. Anak tak mahu pergi sekolah tidak ada kaitan dengan mereka lewat bangun pagi tetapi ada faktor lain. Kenal pasti masalah tersebut. Mengenalpasti masalah adalah satu kemahiran yang perlu dimiliki oleh ibu bapa.

Jangan takut untuk menggunakan konsekwensi atau batas. Ketika kita kecil kita ada pegangan untuk tidak melaksanakan tanggungjawab. Begitu juga anak kita ia ada konsekwensi untuk melaksanakan tanggungjawab untuk ke sekolah. Jadi ibu bapa perlu betul-betul faham antara konsekwensi dengan hukuman supaya pertimbangan yang diambil nanti tepat dan tuntas. Anak tidak mahu kesekolah adalah anak yang menolak usaha ibu bapa mereka. Anak yang tidak mahu kesekolah adalah anak yang merancang untuk gagal.

Cara menangani anak tidak mahu ke sekolah

Sekiranya masalah tidak mahu ke sekolah berlarutan lebih daripada dua minggu sudah tentu ada yang tidak kena pada anak kita. Oleh itu, ibu bapa perlu mencari kaedah terbaik untuk mengatasinya supaya tidak timbul masalah akademik dan juga emosi anak. Langkah berikut boleh digunakan sebagai panduan.
Berjumpa dengan guru anak untuk berbincang tentang masalah anak yang tidakmahu ke sekolah.
Tanya kepada guru kaunseling di sekolah untukmembantu menyelesaikan masalah anak yang tidak mahu ke sekolah. Gur kaunseling akan menemubual anak untuk mengetahui masalah sebenar mengapa anak kita tidakmahu ke sekolah.
Bergantung kepada dianoksis, rawatan boleh sahaja mengambil salah satu daripada perkara berikut:
Medikasi untuk mengubati sitom kemurungan atau tekanan
Latihan santai
Penguatan positif secara berangsur-angsur supaya kembali ke sekolah secara normal
Kaunseling individu untuk menyelami perasan mengapa tidak suka ke sekolah dan menyelidikai perkara negatif di sekolah serta mengajar kemahiran untuk berdepan dengan kemurungan.
Latihan untuk membangun sosial dan kemahiran menyelesaikan masalah.
Latihan parenting kepada ibu bapa untuk berdepan dengan perilaku negatif secara efisyen dan juga memberi penghargaan kepada perilaku positif.
Kaunseling keluarga bagi membantu keluarga menguruskan konflik dan komunikasi dengan efisyen.

Apa yang boleh saya katakan ialah anak kita, tanpa mengira apa latar belakang mereka, apa juga umur mereka, apa juga kaum mereka, warna kulit mereka atau di mana mereka tinggal mereka mahu penyampaikan satu pesanan kepada kita. Mereka mahu terlibat, bertaut atau berhubung langsung dengan sekolah. Mereka mahu wujud satu pertalian antara diri mereka dengan sekolah. Hubungan yang bersifat telus. Mereka mahu merasai atau memunyai di mana mereka berada dan itulah yang mereka lakukan di sekolah. Bukan untuk diri mereka sendiri tetapi juga untuk ibu bapa dan juga guru mereka.

Hubungana nak denga sekolah menjadi rapat jika mereka datang ke sekolah secara kerap. Tidak ponteng. Sentiasa menyematkan dalam fikiran mereka “Sekolah memberikan kebaikan kepada diri mereka”. Barulah orang yang ada di sekolah tersebut menghargai apa yang dirinya sumbangkan kepada sekolah. Dalam erti kata lain kita sebagai ib bapa kena menanamkan dalam minda, emosi dan suara hati anakkita bahawa mereka kena selalu berfikiran dan merasakan diri mereka ada hubungan langsung dengan sekolah. Naifnya uniform sekolah, buku, lencana, adalah sebahagian proses tersebut. Perasaan sekolah adalah kepunyaan mereka menjadi semakin kuat bila kit aberikanmereka tanggung jawab seperti menerusi persatuan, sukan mahupun permainan dalaman.

Apa yang lebih anak-anak kita perlukan di sekolah ialah penghargaan, sama seperti di rumah. Mereka mahu guru menyambut atau memberi salam dengan memangil nama mereka. Mereka mahu guru memberikan jaminan apa yang mereka pelajari di sekolah dapat menjamin masa depan mereka. Ada sekolah menjadikan dua perkara ini sebagai satu keutamaan. Namun banyak sekolah yang lepas pandang. Bagi sekolah yang tidak, anak-anak kita terpaksa mencari motivasi mereka sendiri untuk ke sekolah.

29 comments:

Unknown said...

Tkasih atas info di atas....dr bulan feb 2013 ank sy x nak sekolah...sy perlu drive dr office di damansara ke keramat setiap hari utk hantar dia je sekolah..x nk sekolah klu sy x hantar.. skg bulam may 2013.. sy dah bhenti kerja utk dia.. lgi teruk sy tpaksa berada bsama2 anak sy dlm kelas... sek. Ugama & sek. Kebangsaan...guru kaunseling dah habis teori ...dsh jumps guru kelas, penolong G.Besar even G.Besar sy dah jumpa.. rotan x jln, jumps ustsz 3 kali..& skg sy cuma bdoa agar hati ank sy lembut utk teruskn plajaran ...@ sy mungkin kena jumpa psikatrik kanak2...?

DG44 said...

Saya juga ada masalah tentang ini. Anak saya dalam kelas pendidikan khas. Dia masuk kelas PKI pun kerana masalah malas sekolah. Tahun 1 dulu pergi sekolah hanya 2 bulan sahaja. Sekarang sudah tingkatan 3 masih begitu. Tidak pernah penuh datang dalam seminggu, Kadang2 seminggu sekali sahaja. Bermacam cara buat tetapi dia tetap tidak mahu ke sekolah. Padahal kami berdua adalah guru.

Anonymous said...

Sy baru menghantar anak sy yg berumur 5 tahun ke tadika 2 mggu lps...mggu pertama 1st day dan 2nd day dia seronok kesekolah...masuk ari ke3 dia dah x minat kesekolah...mggu ke2, sy ade temankan dia dan duduk disekolah untuk pujuk dia kesekolah selama 2 hari...dan hari ini sy ambil keputusan utk biarkan dia disekolah tu, lps anta sy terus pegi cepat2...sy nmpk dia menangis melalak dpn pintu sekolah...sy buat x tau je terus pergi...adakah cara sy ini betul? X terganggu kah emosi dia kerana pasti dia merasa tertipu dgn tindakan sy yg sepatutnya meneman dia disekolah? Sy serba salah... :-(

sufian 019-6644415 said...

sy adalah seorg suami yg bkerja sndiri(free lance). Dah tentu tggjwb sy utk mnguruskan anak setiap pagi dr mandi,bfast n hntr mereka.mmg mnghadapi masalah sama tak nak gi sekolah.anak sy umur abg 6 thn n adiknya 4 thn.sy pernah mnangis sb sy da tak tau buat apa bila anak buat hal.sy pernah letak anak luar rumah.smnjk itu sy mngenal pasti anak sy suka g sek ttp tak suka dok nursery.jadi masalah bg sy utk kuar bkerja.kekadang sy rasa berdosa besar krn menipu apbl sy tidak ambil meka after sesi sekolah.merisaukan sy krn sy telah mngajarkan mereka sifat menipu tsebut.anak2 pun pandai ugut minta yg bukan2 jika mahu meka gi sek.merisaukan jga tahun depan anak sy itu akan darjah1 yg mn cabaran lebih kuat spt sek pagi n ptg.

Unknown said...

Anak sy pada mulanya seronk ke sekolah,tetapi lama2 sy perasan cikgu terlalu garang,anak sy jd berubah takot untk ke sekolah.sampai skrg..erm..

Unknown said...

Masalah ank malas pgi sekolah mnyebabkn saya sbgai seorg ibu mmg sntiasa stress...klu umur sekolh rendah..boleh la dipujuk..ni ting 5...mcm2 tindakan yg saya dh buat.. trmasuk jmpa kaunselor...puas saya tanya apa sebabnya...rupanya kerana nak motor..perlu kah saya turuti kemahuannya?

Anynomous said...

Anak sy 5 tahun bersekolah di Tabika KEMAS. Bulan Januari hingga Mac dia suka ke sekolah walaupun kadang2 demam. Tp masuk bulan April, dia dah tak minat ke sekolah. Bila ditanya, dia kata kawan - kawan pukul. Tapi bila saya tanya cikgu, luluh hati sy bila dapat tahu dari cikgu syang dia yang bergaduh dengan kawan - kawan dia. Tapi dia seorang...yang lain ramai...

Dia beritahu saya yang cikgu pun tak suka dia & marah dia...saya sedih sgt dgn situasi begini...Apa yang harus saya lakukan...

Unknown said...

anak sy darjah dua...semasa darjah satu dia merupakan seorg kanak2 biasa yg suka ke sekolah....saya menghadapi masalah anak tak mahu ke sekolah ni sejak 3 mgg lalu...pada mulanya dia tak mahu pergi sekolah atas alasan cikgu rotan kerana tidak hafaz surah (sekolah agama kafa)...ttp walaupun sy dah berjumpa guru berkenaan dan tukar kelas ank sy masih x mahu pergi sekolah...jika sebelum ni dia x mahu ke sekolah agama...ttp skrg telah melibatkan sekolah pagi...dah mcm2 cara sy cuba..berlembut...bw jumpa ustaz...marah..pukul...namun dia masih buat hal...saya buntu dan stress...setiap kali ank buat hal...setiap kali itulah sy menangis...hny berdoa kpd Allah agar dilembutlan hatinya untuk ke sekolah...

Unknown said...

anak saya xnk ke sekolah kerana malu di ejek budak lelaki dalam bas sekolah apabila dia dikehendaki memakai tudung untuk sesuatu majlis kesekolah. bagaimana cara untuk mengatasi perasaan malu di ejek ni?

HAMBA ALLAH YANG LEMAH said...

Saya juga menghadapi mslh yg sama.. Anak saya semasa drjh 1 & 2 sangat minat ke sekolah.. walau sehari pun x pernah miss.. masuk drjah 3, mula2 tak nak pegi kelas agama petang, lepas tu sekolah pagi pun dah mula buat hal.. dlm seminggu mesti 1,2 hari menangis, meraung2 tak nak pegi sklh.. seminggu 2 ni tak nak pegi lansung.. sy dah pegi sekolah, jumpa guru kelas, jumpa guru besar, jumpa kaunseling.. pihak sekolah kata mslh di rmh.. sy pun naik heran mslh apa?? kalau mslh di rumah, kenapa baru darjah 3 baru dapat penyakit mcm tu.. sebelum ni ok.. saya pun tak tau dah berapa ramai ustaz sy jumpa, dah cuba cara lembut, pujuk, cara keras, marah, malah suami prnh sampai merotan tapi sama jgk.. bila pikir pasal dia, mengalir air mata.. Tapi saya tak pernah putus berdoa.. Allah dah janji doa ibu paling mustajab.. sy sentiasa berharap Allah akan bukakn pintu hati dia utk kembali ke sekolah.. Ya Allah.. bantulah Hamba Mu ini, Tanpa pertolongan Mu, aku tak mampu Ya Allah...

Unknown said...

Hampir sama masalah saya, anak tidak mahu ke sekolah. Anak perempuan saya darjah 3 sekarang ini, yang Saya perasan semenjak suami saya sakit, selama 2 bulan setengah berada di wad hospital untuk menjalani pembedahan Jantung. Sebelum itu anak saya tidak ada masalah untuk pergi ke sekolah. Mulanya tidak mahu ke sekolah agama dan kemudian sekolah kebangsaan pula. Sekolah agama dari cuti sekolah bulan Mac 2016 sehingga sekarang tidah mahu pergi. Sekolah kebangsaan dalam seminggu mesti ada 1-2 hari tak nak ke sekolah. Pelbagai cara saya buat untuk dia kembali ke sekolah seperti biasa, rotan, denda,cubit, marah, pujuk, peluk & janji untuk beri hadiah jika dia ke sekolah kembali tetapi dia masih tetap susah hendak ke sekolah.

Apa perlu saya buat... sedih & menangis bila fikir masalah ini. Suami masih sakit lagi belum berapa kuat sangat, masalah kerja lagi, masalah anak2 lagi..tatapi saya masih terus berdoa pada MU ya ALLAH. Moga anakku ceria kembali untuk pergi ke sekolah.

Unknown said...

setelah membaca artikel ini saya rasa sy dah tahu kenapa anak saya tidak mahu ke sekolah: Kerana masalah akademik. Dia banyak ketinggalan kerana langsung tida mengulangkaji di rumah, menyebabkan dia tidak faham sesuatu yang dipelajari.. kerja rumah tidak siap semakin bertambah. sdangkan cikgu yang mengajar akan terus ke silibus yang seterusnya pastinya yang lebih susah, sedangkan anak saya masih tidak mahir basic, maka dia semakin kecewa dan tidak mahu ke sekolah. Para guru pula tidak akan menunggu. bagi mereka murid semua telah faham. bukan salah guru yang mengajar. anak saya mmg berat mulut. tidak mahu bertanya. Tanya kawan-kawan pun malu, mungkin ego jugak. Masalah semakin berat bila guru teruskan mengajar tanpa menyedari ada murid yang ketinggalan. guru lebih fokus kepada murid yang cerdik, pandai, murid yang bising. anak saya pendiam. malu bertanya. Sekarang tidak mahu ke sekolah dengan pelbagai alasan. duduk di rumah main game, tengok tv, makan banyak sgt sampai dia jadi gemuk. sesekali hadir ke sekolah, kawan-kawan mentertawakan dia kerana semakin gemuk dan sembab dan semakin blurr.. tidak faham apa yang cikgu ajarkan di kelas. ada juga cikgu yang mengusik (mungkin bergurau) perut tu dah berapa bulan? (mengandung). Anak saya jadi malu dan marah dan keesokan harinya terus tak mahu lagi ke sekolah.

Dhia said...
This comment has been removed by the author.
nurul said...

anak saya jugak tdak mahu ke skola saya ksian tgok dia dh x mcm dlu mcm nak kemurungan sdah... bru 5 thun dia kata takut cikgu sfiap ari doa ulg x bak pegi skola takut takut... saya x faw apa tindakan prlu buat

Unknown said...

Anak saya dah 14tahun, mmg sentiasa cari alasan x nak ke sekolah,dikejut bangun pun dia akan keraskan badan x bergerak.Puas kami buat pelbagai cara
Pukul dah cuba bincang pun dah hukum pun sudah langsung x berkesan.
Dia paling x suka waktu koko.
Baru2 ni dpt info dari guru ,kalau dia ke sekolah pun dia akan tidur sepanjang kelas..
Ya Allah x tahu nak buat apa
Boleh bantu kami

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Salam Dr..saya mempunyai ank lelaki yg berusia 13thn..

Baru ni ank saya mula tak mahu ke sek.. macam2 alasan yg dia bagi.. Puas pujuk tetap tak mahu.. paksa/bertegas lagi memberontak hingga perwatakan berubah.. tp dia akan kembali normal lepas tu..

Dulu masa sek rendah darjah 1.. pernah jadi..waktu itu lepas cuti penggal pertama.. puas bawa berubat tetap tak nak ke sek. Tiba nak pergi sek sakit perut, nak demam nak rehat macam2 lagi alasan...sampai cikgu pun pelik sebab sebelum tu dia ok..tak pernah ada masalah dlm kelas.. dpt kelas pertama drp 11 kelas..dgn kwn2 pun ok..bila saya teman dia di sek..dia ok..tp saya pula berkerja tak boleh cuti panjang.. 2 minggu saya temankan dia di sek..bila saya mula berkerja..dia mula buat perangai tak nak pergi sek...cikgu telefon minta ambil ank sbb dia muntah di sek..kadang seharian duduk di bilik kaunseling..minta makcik dia teman hantar ke sek pun sama.. akhirnya terpaksa tukar sek ren swasta sbb dekat dgn tempat kerja senang balik kalau cikgu call..semasa darjah 2 di sek swasta sikapnya semakin baik..wlpn kadang2 masih ada buat perangai..dlm masa yg sama saya masih bawa berubat.. pernah dapat no. 2 dlm kelas.. pengawas sek darjah 3-6 mendapat pengawas cermerlang 3 thn berturut2, tokoh pelajar..aktif dlm koko...result UPSR 4A 2B..dapat tawaran SMAKL dan MRSM ulul albab..tapi tolak sbb belum sedia tinggal di asrama katanya...wlpn pada mula2 nampak nak masuk..bila hari pendaftaran selepas taklimat ibubapa.. dia masuk dlm kereta & tak keluar2..puas pujuk, bertegas ..abg2 senior, kawan2 pujuk pun tak berjaya..akhirnya saya masukkan sek men swasta berulang alik ke rumah..dia janji akan sek dgn elok dan belajar bersungguh2.

Sekarang ni start buat perangai sama waktu sek darjah 1 dulu...bila tnya mcm2 alasan.. kerap cakap dia rasa berdebar2.. selalu ponteng sek terutama lepas cuti panjang & hari isnin..skrg ni dah langsung tak nak ke sek..tp dia minta panggil cikgu tuisyen dtg rumah sbb nak belajar di rumah..tetapi tak mahu ke sek. Bila tanya kwn2 semua ok..takde masalah..

Buat pengetahuan dr ank saya jenis penakut..dia takkan keluar rumah jika tggl sendirian..hp dan laptop pun saya simpan sbb dia tak ke sek..cuma ada tv astro itupun basic je..

Apa yg perlu saya buat..pening fikir masalah ank..

azihumaira said...
This comment has been removed by the author.
azihumaira said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Anak Saya xnak sekolah tgh tahun ting1..ting2 tukar sekolah tpi x abis...berenti setengah tahun...tg3 tukar skolah lgi.. pun sama..x sempat amb pt3...tg4 lgsung x nk skolah...adiknya stat tg2 x nk skolah...yg bongsu pun ikut sama djh 6 xnk skolah x amb upsr...Saya dah buntu

Unknown said...

Sama mcm anak sy..2 minggu start sekolah ok je..lepas kena marah dgn cikgu..dah 2 hari tak ke sekolah..takut cikgu kata nya.patut ke guru2 yg mengajar tahun 1 ni,kena tunjukkan diri tu garang.. Mereka baru nak mengenal sekolah
.susah hati sy mcm ni.

Unknown said...

I am having the same problem. The 1st week she was OK but now lately she does not want to go to school . I can't even sleep thinking about her. Memang guru jangan terlalu garang kalau anak tahun 1

h said...

Anak sy Tahun 1 takut masuk kelas kerana takut cikgu dan tdk ada kawan. Skrg sudah 2 minggu sekolah keadaan dia semakin teruk. Bkn seorang dua cikgu yang menelefon saya berkenaan masalah anak saya ini. Puas memujuk dia hanya menangis. Tapi bila balik sekolah keadaan dia seperti budak lain seronok tiada masalah. Tp bila di tanya dia menangis.

Zihad said...

Admin cuba bagi cadangan tips..ramai dah tanya soalan tu..

Unknown said...

Anak saya 16 tahun, tinggal di asrama. Masa di ting.1, ada kala dia happy ada kala dia sedih, mungkin sebab family jauh. Bila di ting.2, 3 dan sekarang awal tahun ting. 4, masalah sama berulang. Dia tidak minat belajar, dan mahu jadi youtuber, buat perkara yang dia suka seperti upload video, main game, develop game, analisa game, buat montage dan perkara yang berkaitan teknologi. Kami faham minat dia ke arah itu, cuma kami sebagai ibu bapa mahu dia tamatkan pendidikan formal sekolah supaya tidak menyusahkan dia kelak. Ada masa dia akan okay, ada masa dia akan murung, marah dan bosan dengan sekolah. Adakah ini memang keadaan normal untuk remaja dari umur 13-17 tahun? Yang kami takutkan adalah dia kerap kali cakap pasal nak bunuh diri kerana faktor persekitaran membuatkan dia sangat stress, sakit kepala dan mengganggu fikiran. Memang kami sudah dalam perbincangan nak bawa anak berjumpa kaunselor/psychiatrist untuk menilai tahap kemurungan dan keadaan anak.

Unknown said...

Sama lh saya puan...saya dh cme berubat kt 10 tmpt .. tp ttp Sana..takut nk kesekolah ..dh buntuh saya pikir Cara nk bgi dia x takut utk kesekolah

Unknown said...

Skrg anak puan mcm mana..akrg sya mengalami situasi yg sama mcm puan..anak sya 5 tahun xmahu pergi sekolah...

Unknown said...

Macam anak saya 5 tahun...dia memang suka berkawan ..Hari pertama sekolah gembira betul dia...lepas seminggu dia marah xnak kesekolah...bila Tanya...katanya cikgu jahat..x suka dgn cikgu...asyik marah sahaja..pening fikir..

Unknown said...

Saya pun menghadapi masalah anak remaja lelaki tidak mahu pergi ke sekolah.. saya perhatikan sejak pendemik, guna PDPR. Dia bosan pdpr..bila sudah bersemuka,malas pulak..seminggu sekali je turun sekolah..buntu dibuatnya