Tuesday, February 12, 2008

tips membantu anak yang keletihan....

seorang ibu menelefon saya 12/2/2008....menceritakan anaknya yang kelihatan keletihan selepas menjalani aktiviti sekolah. Anak ini bersekolah di SMK Bukit Jambul dan sedang berada di tingkatan 3. SMk bukit Jambul adalah sekolah yang baru-baru ini pelajarnya berjaya mencapai 80 straight A...sudah tentu program di sekolah tersebut sangat padat. Anak ini juga tidak ada masalah disiplin dan sangat mendengar kata-kata ibu bapa mereka. Jelasnya, testimoni kecerdasannya tidak menyamai piawai atau indek yang diperlukan oleh sekolah tersebut. Anak menjadi sangat letih dan apabil asampai ke rumah....selalunya sebelah petang ia akan terlena untuk memulihkan tenaganya. Lena atau tertidur adalah satu proses pemulihan tenaga. Lena atau tertidur di rumah tidak boleh dianggap sebagai satu keadaan anak menjadi malas atau bahasa orang utara "segan" untuk belajar.
Saya mempunyai petua untuk mengekalkan kecergasan anak-anak terutamanya yang sedang berada di tahun-tahun peperiksaan ....tidak kiralah ia sedang berada di tahun enam, PMR, SMP mahupun STPM. Jika mahu diamalkan atau dicuba oleh pelajar di universiti pun boleh.
Petua 1. JAga pemakanan. Jangan makan nasi yang keterlaluan apabila balik daripada sekolah...maklumlah sangat lapar selepas aktiviti di sekolah. Perut yang terlalu kenyang (tentunya tidak mengikut jadual makan) akan menyebabkan otak terpaksa menggunakan lebih banyak tenaga dan fokus kepada bahagian penghadaman untuk menghadamkan makanan dalam perut. Ia akan menyebabkan perasaan mengantuk yang amat sangat dan jika tidak kuat semangat, anak akan tertidur. Oleh itu makanlah makanan yang memberikan tenaga lebih seperti :
  • buah pisang
  • buah kurma
  • makanan tambahan khususnya spirulina.

Jika boleh berikan juga makanan kepada otak iaitu:

  • minumlah air banyak sikit. sebabnya air mengandungi O2. Otak yang cergas memerlukan O2 yang lebih.
  • Ambil lebih banyak makanan berprotin dan kurangkan karbohidrat.
  • Ambil lebih banyak ksismis atau angur kering.

Makanan untuk hati juga penting kerana akal terletak di hati. Oleh itu makanan hati yang paling ampuh ialah motivasi. Anak kita perlu mempunyai hati yang cekal dan kecekalan hati datangnya dari akal yang kuat. Kita boleh tidur tetapi disiplin tidur sangat perlu. Kita sebenarnya hanya perlu tidur 10 minit untuk mengembalikan tenaga fizikal dan otak. Kita tidak boleh tidur melebihi 1 jam di sebelah petang kerana ia akan menyebabkan badan keletigan, begitu juga otak kita. Oleh itu hati perlu diasah dengan motivasi.....

  • lekukan aktiviti ringan bagi memulihkan kecergasan fizikal dan otak misalnya menerusi senaman pernafasan, senaman minda dan juga senaman otot bahu, lengan, betis dan juga kaki. Solat sangat membantu.
  • amalkan urutan yang memulihkan aliran darah dan oksigen. refleksologi bahagian tapak kaki, tapak tangan dan titik-titik oksigen di bahagian badan dan kepala juga membantu memulihkan kecergasan anak-anak.
  • lakukan suntikan SQ....semangat untuk berjaya pada diri...antaranya menerusi doa.

Selamat mencuba.....

Monday, February 11, 2008

Program kepimpinan pengawas dan ketua darjah di Alor Setar

Asalamualaikum, saya akan mengadakan program kepimpinan pengawas dan ketua kelas di Alor Setar pada 21 Februari 2008...hari khamis depan. Kali ini saya akan bersama Che Din mengendalikan kursus ini selama sehari suntuk. maklumat lanjut akan saya sampaikan menerusi blog ini. dont worry. Bagi pelajar-pelajar, makanlah makanan tambahan khususnya superulina bertujuan meningkatkan jumlah protin dalam badan dan juga kandungan oksigen dalam otak kita.

Sunday, February 3, 2008

program SMART belajar di Telok Bahang, Pulau Pinang.

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha pemurah.....subhanaALLAh. Pada 16 Februari 2008 ini saya akan bersama sekumpulan pelajar (lebih kurang 50 pelajar sekolah rendah dan menengah) akan bersama-sama dalam program SMART belajar atau study smart. Program anjuran pusat Komuniti Bayan Baru ini akan dijalankan di Telok Bahang. Anak-anak yang tahun ini mahu menduduki ujian UPSR, PMR, SPM mahupun STPM perlu mengamalkan petua ini:
  • sentiasa terurus
  • belajar secara lebih efisyen
  • mengurus kerjs rumah secara lebih baik
  • mengambil nota secara lebih berkesan dan cuba mengingatinya
  • membaca secara lebih pantas
  • dapatkan markah yang lebih baik atau tinggi setiap kali ujian diambil.

mengapa anak-anak kita perlu belajar bijak.....sebabnya ramai di kalangan anak-anak yang bijak pandai ketika UPSR tetapi mulai mengalami kemerosotan bila satu atau dua bulan sesi persekolahan bermula di tingkatan 1 atau 4. Ada juga anak-anak yang menambah jam belajarnya tetapi masih memperolehi markah yang rendah ketika ujian....ini memang memenatkan...merisaukan juga.

Program pada 16 Februari 2008 ini akan cuba membantu pelajar dari dua sudut.....pertamanya cuba meningkatkan markah ujian atau peperiksaan mereka dan kedua cuba meningkatkan semangat dalaman mereka (self-esteem). Pelbagai kaedah pembelajaran akan diperkenalkan selain pelajar akan diajak untuk mengenali dan membangunkan personaliti mereka sendiri. Jik apersonaliti mereka sudah terbangun, nescara mereka mampu untuk membangunkan sama minda, hati dan semangat mereka dari dalam diri sendiri. Oleh itu rangsangan minda, hati dan semangat perlu diaktifkan supaya keseimbangan dapat dicapai dalam diri masing-masing.

Selamat berjumlah pada 16 Februari 2008 di Telok Bahang, Pulau Pinang.