Sunday, February 3, 2008

program SMART belajar di Telok Bahang, Pulau Pinang.

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha pemurah.....subhanaALLAh. Pada 16 Februari 2008 ini saya akan bersama sekumpulan pelajar (lebih kurang 50 pelajar sekolah rendah dan menengah) akan bersama-sama dalam program SMART belajar atau study smart. Program anjuran pusat Komuniti Bayan Baru ini akan dijalankan di Telok Bahang. Anak-anak yang tahun ini mahu menduduki ujian UPSR, PMR, SPM mahupun STPM perlu mengamalkan petua ini:
  • sentiasa terurus
  • belajar secara lebih efisyen
  • mengurus kerjs rumah secara lebih baik
  • mengambil nota secara lebih berkesan dan cuba mengingatinya
  • membaca secara lebih pantas
  • dapatkan markah yang lebih baik atau tinggi setiap kali ujian diambil.

mengapa anak-anak kita perlu belajar bijak.....sebabnya ramai di kalangan anak-anak yang bijak pandai ketika UPSR tetapi mulai mengalami kemerosotan bila satu atau dua bulan sesi persekolahan bermula di tingkatan 1 atau 4. Ada juga anak-anak yang menambah jam belajarnya tetapi masih memperolehi markah yang rendah ketika ujian....ini memang memenatkan...merisaukan juga.

Program pada 16 Februari 2008 ini akan cuba membantu pelajar dari dua sudut.....pertamanya cuba meningkatkan markah ujian atau peperiksaan mereka dan kedua cuba meningkatkan semangat dalaman mereka (self-esteem). Pelbagai kaedah pembelajaran akan diperkenalkan selain pelajar akan diajak untuk mengenali dan membangunkan personaliti mereka sendiri. Jik apersonaliti mereka sudah terbangun, nescara mereka mampu untuk membangunkan sama minda, hati dan semangat mereka dari dalam diri sendiri. Oleh itu rangsangan minda, hati dan semangat perlu diaktifkan supaya keseimbangan dapat dicapai dalam diri masing-masing.

Selamat berjumlah pada 16 Februari 2008 di Telok Bahang, Pulau Pinang.

No comments: