Wednesday, October 31, 2007

Rakan lama dari Kuala Lumpur

Semasa dalam perjalan pulang dari Bangi ke Pulau Pinang, kira-kira menghampiri R & R Tapah, HP berdering dan bila mendengar suara di sebelah sana, seorang ibu memperkenalkan dirinya. Rupanya ibu ini telah cuba menghubungi saya beberapa kali tetapi gagal. Kali ini beliau berjaya dan nada suaranya cukup gembira. Fokus perbincangan lebih tertumpu untuk menghantar anak sulungnya yang sekarang berusia 14 tahun dan sedang bersekolah di VI, Kuala Lumpur. Kami pernah berjumpa dan mengadakan sesi AnakkuSayang bersama staff CELCOM di Kuantan satu ketika dulu. Sudah lebih setahun beliau berpindah ke KL atas urusan kerja. Sayangnya saya baru melepasi KL. Daripada cerita ibu ini, anaknya memang bagus. katanya lagi anaknya cukup popular di sekolah. saya ingat anak ini kerana ia mudah mengikut apa yang guru atau penceramah sarankan, misalnya luahkan perasaan, pendapat atau kata-kata tanpa takut (ini orang barat selalu buat, tanpa mengira orang yang menjadi "lawan" kita itu siapa...tua atau muda...ibu bapa....kakak...pak cik atau makcik)Ok, tetapi kecendrungan baru anaknya ialah ia mudah dipengaruhi oleh orang yang mempunyai kekuatan personaliti, misalnya ustaz, guru, rakan atau siapa sahaja yang mempunyai personaliti yang lebih kuat. Jika pertembungan idea berlaku dan beliau melihat idea itu lebih kuat, ia akan mengubah pendiriannya tanpa mengira kesan sampingan yang muncul. Baru-baru ini, anaknya ingin mengikut saranan seorang ustaz sehingga mampu mendorong beliau untuk meminta ibubapanya menghantar beliau ke sekolah agama yang kosnya beribu US dollar.
Pemikiran dan personaliti anak sebegini ada bahayanya. Pertamanya dalam usia 14 tahun, personalitinya belum kukuh. masih tercari-cari identiti. Mindanya juga belum matang dan mantap sehingga ia mudah terpengaruh kepada "niat' orang yang menyampaikan ideologinya. Ketiganya, emosinya bercelaru dan mudah terbawa-bawa kepada sesuatu yang ia sendiri kurang pasti. Masih dalam ujikaji atau "experiment".
Solusinya,
pertama anak ini hampir dengan ibu bapa dan begitu juga sebaliknya.
kedua, anak ini suka mengambil sesuatu yang baru tetapi tidak faham atau tahu baik dan buruk perkara yang diambil ke atas diri atau persekitarannya. Ia mengambil idea baru bukan atas dasar ia benar-benar faham tetapi kerana "pengaruh niat" penyampainya begitu kuat. Ketiga, selalulah memndalami personaliti anak, mengirinya dengan ilmu semasa dan terkehadapan serta memahaminya perubahan bukan sahaja fizikal tetapi idea dan emosi mereka. Ingat mereka sentiasa menganggap kita "terkebelakang" berbanding mereka. keempat, berdoalah kepada Allah swt supaya anak dan keluarga kita dilindungi daripada orang-orang yang menindas dan suka membuat aniaya. InsyaAllah. Kita merancang, tuhan juga merancang dan Allah swt adalah sebaik-baik perancang. Moga saya dapat bertemu dengan anak ini satu hari nanti.

No comments: