Sunday, September 21, 2008
Anak bertatih dan pra sekolah
Saya sukakan anak kecil. Apabil amelihat anak kecil bertatih mahupun pra sekolah, hati jadi sayu dan sejuk. Hilang rasa stress dan migrain. Anak kecil mempunyai ketelusan. Jiwa masih bersih dan pada wajah mereka terpancar nur yang sangat hebat sehingga ia menyejukkan hati yang memandang.
Baru-baru ini, saya berada di Tesco. Ketika mahu membayar di kaunter di hadapan saya ada satu keluarga, seorang bapa, dengan ibunya dan seorang anak kecil ...barangkali berusia dua tau tiga tahun. Kita kategorikan anak bertatih atau pra sekolah. Ketika hendak membayar, juruwang memberitahu ibu tadi (nenek kepada baby ni le) jumlah kesemuanya ialah RM457. Barangkali nenek ini kurang jelas pendengaranya, menyoal sekali lagi juru wang tadi " berapa ?"..balas juruwang kembali "RM457 makcik".......kemudia si bapa bertanya kepada ibunya "berapa?"...si ibu kurang jelas.....er ....er...RM 457......si bapa mencelah lagi " berapa dik?......kemudian, dram abermula depan saya....si anak kecil yang berada di belakang nenek tadi...memegang baju si nenek, berkata berulang-ulang kali RM 457 la.......ayah RM 457.......ayah...ayah.....RM 457......457. Si ayah lantas berkata kepada anaknya........."diam!!!!!". Well....anak tadi pun diam.
Saya melihat proses pembelajaran yang terencat. Anak ini psikologi P & P nya terkoyak. Perkataan "diam" itu mengandungi perasaan marah yang tidak tentu pasal puncanya. Barangkali ada cara lain untuk menghargai perasaan naak tadi supaya suasana P & P menjadi lebih "cool" dan harmoni.
Ibu bapa sekelian....anak-anak bertatih atau pra sekolah sedang belajar dan mereka cepat belajar. Otak mereka sangat kuat untuk mengingat dan menggambarkan. Jika kita salah cara untuk menanganinya, ia memberikan kesan buruk. Anak akan menyimpan perkataan "diam" itu dalam mindanya dan ia akan menjadi anak yang "diam" tak mahu menyoal kerana Ibu bapanya telah memberikan pengajaran yang cukup jelas ketika mereka melalui proses tumbesaran seperti peristiwa tadi.....so parrent...watchout your words.....say apun belajar daripada peristiwa tersebut. Entah berapa banyak perkataan yang secara sengaja atau tidak kita telah melukakan hati kecil anak-anak kita. Subhanallah.
Saya menjadi insaf, tiba-tiba.
Dr. Main, Pennag 22/9/08.
Wednesday, July 23, 2008
Trapi makanan anak yang bakan menduduki UPSR, PMR, SPM & STPM
Anak semakin hampir menduduki ujian penting. Tidak kira ujian itu UPSR, PMR, SPM atau STPM semuanya memang sangat penting. Penting kerana ia adalah impian besar anda. Penting kerana ia bakal menentukan masa depan anak anda dan sangat penting kerana anda tahu wujud persaingan hebat yang bakal menanti anak-anak anda. Yang terbaik pasti akan dapat melepasi halangan ini.
Apakan anak kita benar-benar sudah bersedia. Apakah anak-anak kita sudah nenar-benar mampu berdepan dengan ujian-ujian besar ini. Sebagai ibu bapa sudah habiskah usaha kita untuk membantu anak-anak ini menduduki ujian besar ini dan berjaya mendapat semua A.Think Big and Drean Big.....memang baik untuk diucapkan selalu. Bila diucapkan selalu ia akan menjadi tabiat.
Ibu bapa yang dihormati sekelian...sedarkah kita bahawa anak-anak ini sangat letih diasak untuk berjaya dalam peperiksaan. Waktu belajar mereka sangat padat kerana banyak subjek yang kena cover. Yes....betul kita berikan mereka makanan yang hebat-hebat....tetapi apakah makanan itu membantu menguatkan fungsi otak dan tubuh untuk melawan virus.
UNTUK MEMASTIKAN KERJA KUAT ANAK ITU BERBALOI DENGAN APA YANG DIINGAT DAN DILUAHKAN KEMBALI DI ATAS KERTAS PEEPRIKSAAN.....ambil spirulina dan susu colostrum IgG plus setiap hari. Spiru;ina yang kaya denga omega 3 dan omega 6 mampu memberikan kuasa tenaga yag dapat bertahan untuk jangka masa lama. Ia juga menjadikan struktur otak lebih kuat dan mengelakkan anak suka berangan. Anak akan lebih fokus dalam pembelajaran dan lebih rajin kerana otak tidak letih. Ini sudah terbukti dan saya sangat yakin untuk mengajak anda di luar sana sama-sama berkongsi kehebatan spirulina yang kaya dengan protin (melebihi apa yang soya boleh berikan) kaya dengan Vitamin A (melebihi apa yang lobak merah berikan), kaya dengan mineral dan karbohidrat.
Susu colostrum IgG plus memberikan LcPs yang di dalamnya kaya dengan DHA, AA dan GLA. Ia juga mengandungi EPa. Ia juga kaya dengan bahan PE, PC dan PS. Bantulah anak-anak kita ceerlang dalam peperiksaan. Jangan biarkan learning disorder muncul dalam diri anak-anak. Susu IgG menguatkan neuron yang berperanan menghantar message atau ilmu daripada panca indera ke otak. Kekurangan DHA, AA dan GLA menjadikan anak kurang visi atau impian, malas, tidak sensitif dan kurang tindak balas.
Asasnya :
galakkan dan budayakan anak-anak untuk mengambil spirulina dan susu colostrum IgG plus bagi menjana kesempurnaan minda anak-anak dan menguatkan struktur otaknya. Ia menjadikan anak lebih cerdas otaknya dan mempunyai daya imunisasi yang kuat mejelamg bulan-bulan peperiksaan yang semakin hampir.

Tuesday, June 10, 2008
Anak umpama kain putih
Moga diberkati Allah. Ketika saya mengendalikan program 3 hari dua malam kem SMART pelajar anjuran Penang Port pada 3 hingga 5 Jun 2008 di Universiti Sains Malaysia baru-baru ini ada peristiwa yang menarik untuk saya kongsikan bersama-sama anda di luar sana. Saat penutup program, ibu bapa datang untuk menjemput anak-anak masing-masing. Di satu sudut saya bertemu satu keluarga yang mempunyai empat anak. Tiga lelaki dan yang paling kecil perempuan. Anak paling sulung mengikuti program. Justeru mereka sekeluarga datang bertujuan menjemput si abang. Asalnya saya perasankan anak bungsu ini seorang lelaki, kerana tenaga dan keletahny amemang seperti anak lelaki. Rambut dipotong pendek seperti lelaki, justeru anak yang berusia empat tahun ini kelihatan memang seperti lelaki....sangat lasak. Namun, ia cukup mudah mesera dengan anak saya seorang perempuan yang berusia 19 tahun. Ketika bermain bersama anak saya..... satu soalan diaju, sapa nama.....anak kecil menjawab "alia", tinggal di mana......i aterus menjawab...... "rumah mak"......saya hanya senyum sebab kalau orang dewasa yang menjawab tentu ia akan berkata...."di Bayan Baru ke.....atau di Baling, Kedah ke dan sebagainya.......
Begitulah anak-anak.......bila berkata-kata hatinya masih lurus, jelas dan mudah.....betullah ia tinggal di rumah emaknya.
Cuma apa yang kurang betulnya ialah cara ibu bap amembesarkannya, ia mempunyai tiga anak lelaki yang sangat aktif.....orang Kedah kata "buas", jadi si abang-abang selalu membuli adik kecil ini dan menyediakan persekitaran membesar sebagai lelaki. Impak kepada anak kecil ini ialah ia akan mengikut atau meniru prilaku abang-abang dan lebih kurang bijak bila ibu bapanya memakaikan anak perempuan ini dengan pakaian gaya lelaki....akhirnya anak perempuan ini jika tidak diubah gaya dan persekitaran membesarnya ia mungkin akan menjadi "tomboy"
Anak perempuan perlu diasuh sebagai anak perempuan. Anak lelaki perlu dididik supaya menghormati dan menjaga keselamatan adik perempuan mereka. Kita sebagai ibu bapa perlu peka tentang hakikat ini dan memastikan anak-anak membesar mengikut landasan yang betul. Pakaikan anak perempuan dengan pakaian perempuan dan hiasi mereka dengan perihiasan untuk memolekkan personaliti mereka. Latihkan anak lelaki supaya menjaga dan menghormati adik atau kakak mereka. Jika kita boleh berbuat demikian, pastinya kita mampu melahirkan generasi lelaki yang tahu menghormati seorang perempuan.
SubhanaAllah.
Monday, April 28, 2008
Pembangunan staf
Pada 3 Mei 2008, saya akan mengendalikan program pembangunan staf +team building di SMKTeknik Tengku Abdul Rahman Balik Pulau. Bina pasukan merupakan cara kita membina pasukan kerja yang mantap. Pasukan kerja yang mantap hanya benar-benar praktikal jika semua ahlinya mempunyai impian dan matlamat yang sama. Impian dan matlamat yang sama ini menjadi hala tuju pasukan untuk mencapai tahap produktiviti yang tinggi.
Program ini akan bermula daripada jam 9.00 pagi berterusan hingga jam 4.00 petang.
Monday, April 7, 2008
Anak dan seorang ayah...."ingin suasana selamat"
Tuesday, February 12, 2008
tips membantu anak yang keletihan....
- buah pisang
- buah kurma
- makanan tambahan khususnya spirulina.
Jika boleh berikan juga makanan kepada otak iaitu:
- minumlah air banyak sikit. sebabnya air mengandungi O2. Otak yang cergas memerlukan O2 yang lebih.
- Ambil lebih banyak makanan berprotin dan kurangkan karbohidrat.
- Ambil lebih banyak ksismis atau angur kering.
Makanan untuk hati juga penting kerana akal terletak di hati. Oleh itu makanan hati yang paling ampuh ialah motivasi. Anak kita perlu mempunyai hati yang cekal dan kecekalan hati datangnya dari akal yang kuat. Kita boleh tidur tetapi disiplin tidur sangat perlu. Kita sebenarnya hanya perlu tidur 10 minit untuk mengembalikan tenaga fizikal dan otak. Kita tidak boleh tidur melebihi 1 jam di sebelah petang kerana ia akan menyebabkan badan keletigan, begitu juga otak kita. Oleh itu hati perlu diasah dengan motivasi.....
- lekukan aktiviti ringan bagi memulihkan kecergasan fizikal dan otak misalnya menerusi senaman pernafasan, senaman minda dan juga senaman otot bahu, lengan, betis dan juga kaki. Solat sangat membantu.
- amalkan urutan yang memulihkan aliran darah dan oksigen. refleksologi bahagian tapak kaki, tapak tangan dan titik-titik oksigen di bahagian badan dan kepala juga membantu memulihkan kecergasan anak-anak.
- lakukan suntikan SQ....semangat untuk berjaya pada diri...antaranya menerusi doa.
Selamat mencuba.....
Monday, February 11, 2008
Program kepimpinan pengawas dan ketua darjah di Alor Setar
Sunday, February 3, 2008
program SMART belajar di Telok Bahang, Pulau Pinang.
- sentiasa terurus
- belajar secara lebih efisyen
- mengurus kerjs rumah secara lebih baik
- mengambil nota secara lebih berkesan dan cuba mengingatinya
- membaca secara lebih pantas
- dapatkan markah yang lebih baik atau tinggi setiap kali ujian diambil.
mengapa anak-anak kita perlu belajar bijak.....sebabnya ramai di kalangan anak-anak yang bijak pandai ketika UPSR tetapi mulai mengalami kemerosotan bila satu atau dua bulan sesi persekolahan bermula di tingkatan 1 atau 4. Ada juga anak-anak yang menambah jam belajarnya tetapi masih memperolehi markah yang rendah ketika ujian....ini memang memenatkan...merisaukan juga.
Program pada 16 Februari 2008 ini akan cuba membantu pelajar dari dua sudut.....pertamanya cuba meningkatkan markah ujian atau peperiksaan mereka dan kedua cuba meningkatkan semangat dalaman mereka (self-esteem). Pelbagai kaedah pembelajaran akan diperkenalkan selain pelajar akan diajak untuk mengenali dan membangunkan personaliti mereka sendiri. Jik apersonaliti mereka sudah terbangun, nescara mereka mampu untuk membangunkan sama minda, hati dan semangat mereka dari dalam diri sendiri. Oleh itu rangsangan minda, hati dan semangat perlu diaktifkan supaya keseimbangan dapat dicapai dalam diri masing-masing.
Selamat berjumlah pada 16 Februari 2008 di Telok Bahang, Pulau Pinang.
Wednesday, January 30, 2008
tabiat anak suka membuang barang
Si anak kemudiannya memeluk ibu muda tadi.......
mengapakah sianak kerap membuang barang milik mereka seperti kasut.....atau botol susu ketika mereka marah atau meragam.....jawapnya mereka mahukan perhatian 100 peratus. Cuma apakah kita cukup memahami anak-anak ini. Apakah kita cukup sabar dengan karenah mereka. Saya cukup yakin ibu mahupun nenek memang cukup sabar. Mereka memang penyabar orangnya.
Jika anak-anak membuang barangan mereka.....ambil lah ......biar beberapa kali. Jangan anggap itu sebagai protes tetapi anggap itu sebagai anak yang sedang memancing kasing sayang kita....mengumpan kita.....jika kita seekor ikan dan memakan umpan itu....tentunya mereka akan gembira.