Monday, January 7, 2008

Testimoni...program anakkusayang

Lama saya tidak menulis di blog ini. Kelmarin ketika saya menghubungi sambungan 4103, di USM, Pulau Pinang saya disapa oleh pihak yang menyambut talian saya itu....Dr. saya adalah ibu kepada anak yang pernah kaunseling bersama Dr. dulu......sebenarnya saya pun tidak ingat tarikhnya. Namun pelahan-lahan saya dapat mengimbas siapa anak beliau itu. Seorang anak yang dalam lakarannya melukis pokok api. Yang kalau boleh bila besar nanti dia akan tembak bapanya sendiri. Hari ini dalam perbualan menerusi talian tersebut, saya cukup gembira kerana anak ini sudahpun menjadi seorang guru dan mengajar di sekolah menengah yang sangat hampir dengan rumah saya. Kataanya, kalau dia dapat anak nanti dia akan mendidiknya sama macam ayah......katanya didikan ayah cukup berkesan. Seorang anak yang semasa kecil sering disebat oleh ayahnya....bukan sahaja dengan rotan tetapi juga hengar (pencangkuk baju).....seorang kanak-kanak yang menyimpan perasaan marah keatas bapanya semasa kecil sekarang berterima kasih kerana cara ayahnya itu memberikan kejayaan kepadanya. Malah ia mahu menggunakan kaedah yang sama untuk mendidik anaknya. Positifnya, kesan didikan ayaahnya ia boleh menjadi seorang guru....negatifnya, ia mahu menggunakan kaedah yang sama untuk mendidik anaknya......atau muridnya?. Sesuatu yang perlu anda pelajari, jika kita mendidik dengan cara memukul.....kesinambungannya ialah cara didikan yang akan disampaikan oleh anak-anak kita kepada sama ada anaknya sendiri atau anak orang lain ialah cara memukul dan kesinambungan ini sudahpun berlaku......oleh itu sebelum kita bertindak ...fikirkan dahulu kesannya.

No comments: