Hari ini saya melapangkan diri pergi bersama family ke submit, seberang jaya. Hajatnya nak relax kan diri. Kami menonton wayang jam 2 pm. Ok juga ceritanya. Kisah anak-anak dewa dewa juga lah. Satu lagi cerita kosmetik Holywood. Untuk release tension okelah. Habis menonton kami nak pulang.Tetapi tertangguh sebab anak dan isteri mahu ke ladies room. So hantarlah. Ketika menunggu, saya berada di lokasi atau tempat yang menyediakan fesiliti untuk baby bermain. Maksud baby ni saya khususkan kepana anak-anak berusia 1 setengah hingga 3 tahun barangkali. Satu kumpulan anak-anak kecil sedang bermain kenderaan kecil yang hanya boleh digerakkan menggunakan token RM 1. Riuh rendah si abang dan si adik berlari-lari kesana sini mengelilingi kumpulan kenderaan yang disediakan oleh peniaga cina untuk memancing kanak-kanak bermain di atasnya....ada bentuk kereta....kuda....ayam....ikan....dan pelbagai.....bentuk danmuziknya memang berhajat memancing anak-anak kecil.
Tetiba telinga saya berdesing mendengar jerikan si babay girl yang barang kali bertujuan memarahi abang-abangnya yangketika itu berebut menaiki kenderaankecil tersebut. baby girl ini sudahpun menunggang salah satu kenderaan yang ada. Si abang-abangnya asyik belari-lari tutun naik atas kenderaan yang tidak bergerak itu. Si ayah pula sibuk menyumbatkan RM 1 dalam mesin token bagi mendapatkan token. Puas sudah dijoloknya RM 1 ke dalam mesin untuk mendapatkan token tetapi mesin gagal berfungsi....baby girl terus menjerit.....eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee sungguh nyaring.........kemdia terdengar....suara halusnya.....berambus..............ambus............ambus.........jangan........angan......angan.......pegi.......gi..... berulang-ulang kali........berselang seli dengan jeritan nyaringnya.........eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.
Si ayah terus memujuk......jangan jerit.........tunggu......nanti..........pada masa yang sama ia cuba mendapatkan token....namun mesin token sudah rosak. Akhirnya a menurunkan baby girl dan mendapatkananak-anak boys yang lain supaya tidak lagi nerlari dan berebut mainan kaku itu.......tidak tahan dengan jeritan dan suara ....perkataan baby girl tadi...... si ayah bertindah mententeramkan mereka....Saya lantas beredar bila anak dan isteri keluar dari ladies room.
Teringat kes serupa sebelum ini.
JAYAJUSCO, ketika sedang keluar dari Rest room, terdengar jeritan anak kecil cukup nyaring....eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee. Saya dan isteri tercari-cari mana datang suara nyaring sungguh.......cari punya cari melintas seorang anak kecil berketurunan cina.......kecil saja baby boy ni. Suara cukup nyaring......rupa-rupanya sedang berseronok dengan abang-abangnya yang begitu galak mengacahnya........
Sebelum itu di MC Donald.
Ketika sedang menikmati McFlury bersama isteri di satu sudut.....telinga kami dibinggitkan dengan jeritan anak kecil.....baru setahun kut usiannya.....baru dapat kaki kata orang. Bermain dengan abangnya....menjerit eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.......terkekeh kekeh tertawa baby ni.......bila abang-abangnya mengacahnya.......eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee ia menejrit lagi.....abang seronok.....kakak seronok.........mak dan ayah issssssssssssssssssssssssssssssss cuba memberi isyarat supaya tidak menjerit......abang dan kakak terus mengacah baby....dan babay terus menjerit......berulang-ulang....kakak seronok.....abang seronok.....mereka belari tutun naik tangga play ground di MCDonald.
mereka bermain sampai puas..... hanya beredar bila ayah dan ibu habis makan.
KESIMPULAN.
Apakah jeritan itu sebenarnya satu cara baby menyampaikan maksud. Apakah jeritan itu satu pesanan tentang amaran.....ancaman........threat. Apakah jeritan anak kecil merupakan satu bentuk kaedah untuk mereka berkomunikasi dengan orang lain.....tanda mereka suka atau tak suka terhadap sesuatu. Jika tak suka kepada opponent anak kecil ini akan menjerit........supaya penjaganya membantu baby ini mengecapi hajatnya. Atau....ia sebagai satu cara untuk mereka menyatakan keseronokannya......sehingga bila dirasakan perbuatan tersebut mencancam mereka ......baby akan menjerit......
Saturday, February 13, 2010
Monday, January 25, 2010
Anakku
Suatu pagi, pagi ahad. Ketika bersama isteri menikmati Mc.D di Bandar Perda. Ada Pasangan muda berbangsa Cina turut menikmati Mc.D bersamam anak sekecil satu tahun. Baru pandai berjalan...... Anak ini comel, berkepala bulat....macam baby orang putih. Ertinya cara baby ini tidur memang mengikut cara betul, tidurnya tertiarap dengan kepala mengiring ke kanan atau ke kiri. Tidak seperti kebanyakan baby Melayu, berkepala leper. Ertinya anak ini ditidurkan dengan cara terlentang. Tempurung kepala baby masih lembik dan jika cara tidurnya tidak betul, bahagian belakang kepala akan lebih leper berbanding menggunakan kaedah yang betul. So what.....ya so what, ia ada kaitan dengan pembesaran otak ana-anak. Jika tempurung kepala bulat, ertinya otak tidakmengalami stress untuk berkembang. Perkembangan awal otak sangat penting kerana ia menentukan masa depan anak itu sendiri.
Anak dan ibu asyik bermain.....anak takut untuk berbain gelongsor....si ibu tunjukkan cara mengelonsor....ibu turut bermain gelongsor. Walaupun gelongsor agak kecil untuk si ibu tetapi ibu tunjukkan car amengelongsor pada si baby.......lalu baby pelahan-lahan mengelongsor seperti ibunya......cantiknya, si ibu selepas mengelongsor ia bangun.....tetapi baby ini selepas mengelongsor ia panjat semula gelongsoran itu......bukan naik melalui tangga tetapi melalui gelongsoran dan itulah proses pengajaran dan pembelajaran baby dan ibunya. Baby ketawa....ibu jug aketawa dan ayah juga ketawa.....mereka semua ketawa. Alangkah bagusnya semua masyarakat begitu.
Bukankah ibu itu juga seorang guru, jika tidakmasakan kita boleh sampai ke tahap ini......

Sunday, September 21, 2008
Anak bertatih dan pra sekolah
Asalamualaikum wbt. Lama benar saya tidak up-date laman ini. Kali ini saya akan berbicara sedikit tentang anak bertatih dan pra sekolah.
Saya sukakan anak kecil. Apabil amelihat anak kecil bertatih mahupun pra sekolah, hati jadi sayu dan sejuk. Hilang rasa stress dan migrain. Anak kecil mempunyai ketelusan. Jiwa masih bersih dan pada wajah mereka terpancar nur yang sangat hebat sehingga ia menyejukkan hati yang memandang.
Baru-baru ini, saya berada di Tesco. Ketika mahu membayar di kaunter di hadapan saya ada satu keluarga, seorang bapa, dengan ibunya dan seorang anak kecil ...barangkali berusia dua tau tiga tahun. Kita kategorikan anak bertatih atau pra sekolah. Ketika hendak membayar, juruwang memberitahu ibu tadi (nenek kepada baby ni le) jumlah kesemuanya ialah RM457. Barangkali nenek ini kurang jelas pendengaranya, menyoal sekali lagi juru wang tadi " berapa ?"..balas juruwang kembali "RM457 makcik".......kemudia si bapa bertanya kepada ibunya "berapa?"...si ibu kurang jelas.....er ....er...RM 457......si bapa mencelah lagi " berapa dik?......kemudian, dram abermula depan saya....si anak kecil yang berada di belakang nenek tadi...memegang baju si nenek, berkata berulang-ulang kali RM 457 la.......ayah RM 457.......ayah...ayah.....RM 457......457. Si ayah lantas berkata kepada anaknya........."diam!!!!!". Well....anak tadi pun diam.
Saya melihat proses pembelajaran yang terencat. Anak ini psikologi P & P nya terkoyak. Perkataan "diam" itu mengandungi perasaan marah yang tidak tentu pasal puncanya. Barangkali ada cara lain untuk menghargai perasaan naak tadi supaya suasana P & P menjadi lebih "cool" dan harmoni.
Ibu bapa sekelian....anak-anak bertatih atau pra sekolah sedang belajar dan mereka cepat belajar. Otak mereka sangat kuat untuk mengingat dan menggambarkan. Jika kita salah cara untuk menanganinya, ia memberikan kesan buruk. Anak akan menyimpan perkataan "diam" itu dalam mindanya dan ia akan menjadi anak yang "diam" tak mahu menyoal kerana Ibu bapanya telah memberikan pengajaran yang cukup jelas ketika mereka melalui proses tumbesaran seperti peristiwa tadi.....so parrent...watchout your words.....say apun belajar daripada peristiwa tersebut. Entah berapa banyak perkataan yang secara sengaja atau tidak kita telah melukakan hati kecil anak-anak kita. Subhanallah.
Saya menjadi insaf, tiba-tiba.
Dr. Main, Pennag 22/9/08.

Wednesday, July 23, 2008
Trapi makanan anak yang bakan menduduki UPSR, PMR, SPM & STPM
Asalamualaikum wbt. Semoga semuanya dirahmati Allah swt.
Anak semakin hampir menduduki ujian penting. Tidak kira ujian itu UPSR, PMR, SPM atau STPM semuanya memang sangat penting. Penting kerana ia adalah impian besar anda. Penting kerana ia bakal menentukan masa depan anak anda dan sangat penting kerana anda tahu wujud persaingan hebat yang bakal menanti anak-anak anda. Yang terbaik pasti akan dapat melepasi halangan ini.
Apakan anak kita benar-benar sudah bersedia. Apakah anak-anak kita sudah nenar-benar mampu berdepan dengan ujian-ujian besar ini. Sebagai ibu bapa sudah habiskah usaha kita untuk membantu anak-anak ini menduduki ujian besar ini dan berjaya mendapat semua A.Think Big and Drean Big.....memang baik untuk diucapkan selalu. Bila diucapkan selalu ia akan menjadi tabiat.
Ibu bapa yang dihormati sekelian...sedarkah kita bahawa anak-anak ini sangat letih diasak untuk berjaya dalam peperiksaan. Waktu belajar mereka sangat padat kerana banyak subjek yang kena cover. Yes....betul kita berikan mereka makanan yang hebat-hebat....tetapi apakah makanan itu membantu menguatkan fungsi otak dan tubuh untuk melawan virus.
UNTUK MEMASTIKAN KERJA KUAT ANAK ITU BERBALOI DENGAN APA YANG DIINGAT DAN DILUAHKAN KEMBALI DI ATAS KERTAS PEEPRIKSAAN.....ambil spirulina dan susu colostrum IgG plus setiap hari. Spiru;ina yang kaya denga omega 3 dan omega 6 mampu memberikan kuasa tenaga yag dapat bertahan untuk jangka masa lama. Ia juga menjadikan struktur otak lebih kuat dan mengelakkan anak suka berangan. Anak akan lebih fokus dalam pembelajaran dan lebih rajin kerana otak tidak letih. Ini sudah terbukti dan saya sangat yakin untuk mengajak anda di luar sana sama-sama berkongsi kehebatan spirulina yang kaya dengan protin (melebihi apa yang soya boleh berikan) kaya dengan Vitamin A (melebihi apa yang lobak merah berikan), kaya dengan mineral dan karbohidrat.
Susu colostrum IgG plus memberikan LcPs yang di dalamnya kaya dengan DHA, AA dan GLA. Ia juga mengandungi EPa. Ia juga kaya dengan bahan PE, PC dan PS. Bantulah anak-anak kita ceerlang dalam peperiksaan. Jangan biarkan learning disorder muncul dalam diri anak-anak. Susu IgG menguatkan neuron yang berperanan menghantar message atau ilmu daripada panca indera ke otak. Kekurangan DHA, AA dan GLA menjadikan anak kurang visi atau impian, malas, tidak sensitif dan kurang tindak balas.
Asasnya :
galakkan dan budayakan anak-anak untuk mengambil spirulina dan susu colostrum IgG plus bagi menjana kesempurnaan minda anak-anak dan menguatkan struktur otaknya. Ia menjadikan anak lebih cerdas otaknya dan mempunyai daya imunisasi yang kuat mejelamg bulan-bulan peperiksaan yang semakin hampir.

Tuesday, June 10, 2008
Anak umpama kain putih
Asalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
Moga diberkati Allah. Ketika saya mengendalikan program 3 hari dua malam kem SMART pelajar anjuran Penang Port pada 3 hingga 5 Jun 2008 di Universiti Sains Malaysia baru-baru ini ada peristiwa yang menarik untuk saya kongsikan bersama-sama anda di luar sana. Saat penutup program, ibu bapa datang untuk menjemput anak-anak masing-masing. Di satu sudut saya bertemu satu keluarga yang mempunyai empat anak. Tiga lelaki dan yang paling kecil perempuan. Anak paling sulung mengikuti program. Justeru mereka sekeluarga datang bertujuan menjemput si abang. Asalnya saya perasankan anak bungsu ini seorang lelaki, kerana tenaga dan keletahny amemang seperti anak lelaki. Rambut dipotong pendek seperti lelaki, justeru anak yang berusia empat tahun ini kelihatan memang seperti lelaki....sangat lasak. Namun, ia cukup mudah mesera dengan anak saya seorang perempuan yang berusia 19 tahun. Ketika bermain bersama anak saya..... satu soalan diaju, sapa nama.....anak kecil menjawab "alia", tinggal di mana......i aterus menjawab...... "rumah mak"......saya hanya senyum sebab kalau orang dewasa yang menjawab tentu ia akan berkata...."di Bayan Baru ke.....atau di Baling, Kedah ke dan sebagainya.......
Begitulah anak-anak.......bila berkata-kata hatinya masih lurus, jelas dan mudah.....betullah ia tinggal di rumah emaknya.
Cuma apa yang kurang betulnya ialah cara ibu bap amembesarkannya, ia mempunyai tiga anak lelaki yang sangat aktif.....orang Kedah kata "buas", jadi si abang-abang selalu membuli adik kecil ini dan menyediakan persekitaran membesar sebagai lelaki. Impak kepada anak kecil ini ialah ia akan mengikut atau meniru prilaku abang-abang dan lebih kurang bijak bila ibu bapanya memakaikan anak perempuan ini dengan pakaian gaya lelaki....akhirnya anak perempuan ini jika tidak diubah gaya dan persekitaran membesarnya ia mungkin akan menjadi "tomboy"
Anak perempuan perlu diasuh sebagai anak perempuan. Anak lelaki perlu dididik supaya menghormati dan menjaga keselamatan adik perempuan mereka. Kita sebagai ibu bapa perlu peka tentang hakikat ini dan memastikan anak-anak membesar mengikut landasan yang betul. Pakaikan anak perempuan dengan pakaian perempuan dan hiasi mereka dengan perihiasan untuk memolekkan personaliti mereka. Latihkan anak lelaki supaya menjaga dan menghormati adik atau kakak mereka. Jika kita boleh berbuat demikian, pastinya kita mampu melahirkan generasi lelaki yang tahu menghormati seorang perempuan.
SubhanaAllah.

Monday, April 28, 2008
Pembangunan staf
Asalamualaikum wbt.
Pada 3 Mei 2008, saya akan mengendalikan program pembangunan staf +team building di SMKTeknik Tengku Abdul Rahman Balik Pulau. Bina pasukan merupakan cara kita membina pasukan kerja yang mantap. Pasukan kerja yang mantap hanya benar-benar praktikal jika semua ahlinya mempunyai impian dan matlamat yang sama. Impian dan matlamat yang sama ini menjadi hala tuju pasukan untuk mencapai tahap produktiviti yang tinggi.
Program ini akan bermula daripada jam 9.00 pagi berterusan hingga jam 4.00 petang.

Monday, April 7, 2008
Anak dan seorang ayah...."ingin suasana selamat"
Asalamaualaikum wbt.
Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.
Sudah anda memulakan hidup anda dengan doa, kerana doa itu satu satu sifat tawakal.
Sudah anda memulakan hidup anda dengan spirulina kerana ia memberikan anda protin yang tinggi.
Sudahkan anda menghantar mesej positif menerusi kuasa minda anda.....aktifkanlah.
saya ingin berkongsi cerita dengan anda....cerita biasa tetapi sering kita alami.
Ketika saya dalam perjalanan ke Shah Alam dari Pulau Pinang, saya bersama Che Din (orang hebat dari Smart Naco) telah menjemput seorang kawan, Azrul. Seorang ayah yang masih muda dan beranak satu. Dalam keasyikan bersembang dan melayan perasaan masing-masing sepanjang perjalan dalam keselesaan kerana berada di dalam sebuah BMW, tiba-tiba sekitar jam 11 malam, telefon Azrum berdering.....terdengar sayup-sayup suara babynya yang berusia 2 tahun lebih. Suara itu sedang menangis....tersesak-esak......seorang anak kecil yang sedang mencari bapanya. Kemudian terdengar suara sang Isteri yang memberitahu suaminya bahawa...anak tunggal mereka tidak mahu tidur kerana ayahnya tidak ada. Ia memberitahu lagi si anak kecil itu sedang menangis bertanyakan mana ayah.....mana aya mak.....ayah mana mak.....berulang-ulang dan berulang kali. Sehingga ia mendengar suara si ayah di hujung talian memujuk manja dan penuh sabar........baby tidur ye......ayah esok balik.......baby tidur dulu ye.....ayah tak pergi lama....esok ayah balik. Kemudian talian terhenti.......Selang beberapa minit, si ibu menelefon lagi......memberitahu si suami, anak sudah tidur. Ayah merasa lega dan kelegaan itu terpancar pada air mukanya.
Akan tertidur lena kerana ia sudah mendengar suara ayah di hujung talian.....satu mesej ringkas....ayahnya selamat dan berada dekat dengannya. Mesej itu juga menjadikan dirinya sangat yakin yang ia berada dalam situasi yang selamat...lalu ia mampu terlena. Ayah apabila mendengar si ibu berkata, anak sudah tidur lena....ia juga merasa selamat dan selesa untuk bekerja serta mampu mengeluarkan tenaga dan semangatnya dengan sepenuh rasa yakin untuk melaksanakan tugas mencari rezeki buat keluarga tercinta. SubhanaAllah.
Keselamatan adalah satu keperluan asas seorang manusia tanpa mengira usia. Selain keselamatan manusia juga memerlukan 8 keperluan lain seperti kebebasan, cabaran, keinginan untuk diterima, berkembang, saling bertukar-tukar dan berkomunikasi. Tanpa keperluan-keperluan asas ini manusia tidak boleh bergerak dan hidup sempurna.
Dalami pengetahuan anda berhubung ilmu parenting bersama saya mengenai tajuk 9 keperluan manusia atau insam menerusi program MyPersonaliti yang akan diadakan secara PREVIEW tidak lama lagi. Sebarang pertanyaan anda boleh terus menghubungi menerusi SMS sahaja di talian 019-4654089 atau e-mail drmainrindam@yahoo.com.
Semoga kita berjumpa lagi. InsyaAllah.
Subscribe to:
Posts (Atom)