Tuesday, June 10, 2008
Anak umpama kain putih
Moga diberkati Allah. Ketika saya mengendalikan program 3 hari dua malam kem SMART pelajar anjuran Penang Port pada 3 hingga 5 Jun 2008 di Universiti Sains Malaysia baru-baru ini ada peristiwa yang menarik untuk saya kongsikan bersama-sama anda di luar sana. Saat penutup program, ibu bapa datang untuk menjemput anak-anak masing-masing. Di satu sudut saya bertemu satu keluarga yang mempunyai empat anak. Tiga lelaki dan yang paling kecil perempuan. Anak paling sulung mengikuti program. Justeru mereka sekeluarga datang bertujuan menjemput si abang. Asalnya saya perasankan anak bungsu ini seorang lelaki, kerana tenaga dan keletahny amemang seperti anak lelaki. Rambut dipotong pendek seperti lelaki, justeru anak yang berusia empat tahun ini kelihatan memang seperti lelaki....sangat lasak. Namun, ia cukup mudah mesera dengan anak saya seorang perempuan yang berusia 19 tahun. Ketika bermain bersama anak saya..... satu soalan diaju, sapa nama.....anak kecil menjawab "alia", tinggal di mana......i aterus menjawab...... "rumah mak"......saya hanya senyum sebab kalau orang dewasa yang menjawab tentu ia akan berkata...."di Bayan Baru ke.....atau di Baling, Kedah ke dan sebagainya.......
Begitulah anak-anak.......bila berkata-kata hatinya masih lurus, jelas dan mudah.....betullah ia tinggal di rumah emaknya.
Cuma apa yang kurang betulnya ialah cara ibu bap amembesarkannya, ia mempunyai tiga anak lelaki yang sangat aktif.....orang Kedah kata "buas", jadi si abang-abang selalu membuli adik kecil ini dan menyediakan persekitaran membesar sebagai lelaki. Impak kepada anak kecil ini ialah ia akan mengikut atau meniru prilaku abang-abang dan lebih kurang bijak bila ibu bapanya memakaikan anak perempuan ini dengan pakaian gaya lelaki....akhirnya anak perempuan ini jika tidak diubah gaya dan persekitaran membesarnya ia mungkin akan menjadi "tomboy"
Anak perempuan perlu diasuh sebagai anak perempuan. Anak lelaki perlu dididik supaya menghormati dan menjaga keselamatan adik perempuan mereka. Kita sebagai ibu bapa perlu peka tentang hakikat ini dan memastikan anak-anak membesar mengikut landasan yang betul. Pakaikan anak perempuan dengan pakaian perempuan dan hiasi mereka dengan perihiasan untuk memolekkan personaliti mereka. Latihkan anak lelaki supaya menjaga dan menghormati adik atau kakak mereka. Jika kita boleh berbuat demikian, pastinya kita mampu melahirkan generasi lelaki yang tahu menghormati seorang perempuan.
SubhanaAllah.
Monday, April 28, 2008
Pembangunan staf
Pada 3 Mei 2008, saya akan mengendalikan program pembangunan staf +team building di SMKTeknik Tengku Abdul Rahman Balik Pulau. Bina pasukan merupakan cara kita membina pasukan kerja yang mantap. Pasukan kerja yang mantap hanya benar-benar praktikal jika semua ahlinya mempunyai impian dan matlamat yang sama. Impian dan matlamat yang sama ini menjadi hala tuju pasukan untuk mencapai tahap produktiviti yang tinggi.
Program ini akan bermula daripada jam 9.00 pagi berterusan hingga jam 4.00 petang.
Monday, April 7, 2008
Anak dan seorang ayah...."ingin suasana selamat"
Tuesday, February 12, 2008
tips membantu anak yang keletihan....
- buah pisang
- buah kurma
- makanan tambahan khususnya spirulina.
Jika boleh berikan juga makanan kepada otak iaitu:
- minumlah air banyak sikit. sebabnya air mengandungi O2. Otak yang cergas memerlukan O2 yang lebih.
- Ambil lebih banyak makanan berprotin dan kurangkan karbohidrat.
- Ambil lebih banyak ksismis atau angur kering.
Makanan untuk hati juga penting kerana akal terletak di hati. Oleh itu makanan hati yang paling ampuh ialah motivasi. Anak kita perlu mempunyai hati yang cekal dan kecekalan hati datangnya dari akal yang kuat. Kita boleh tidur tetapi disiplin tidur sangat perlu. Kita sebenarnya hanya perlu tidur 10 minit untuk mengembalikan tenaga fizikal dan otak. Kita tidak boleh tidur melebihi 1 jam di sebelah petang kerana ia akan menyebabkan badan keletigan, begitu juga otak kita. Oleh itu hati perlu diasah dengan motivasi.....
- lekukan aktiviti ringan bagi memulihkan kecergasan fizikal dan otak misalnya menerusi senaman pernafasan, senaman minda dan juga senaman otot bahu, lengan, betis dan juga kaki. Solat sangat membantu.
- amalkan urutan yang memulihkan aliran darah dan oksigen. refleksologi bahagian tapak kaki, tapak tangan dan titik-titik oksigen di bahagian badan dan kepala juga membantu memulihkan kecergasan anak-anak.
- lakukan suntikan SQ....semangat untuk berjaya pada diri...antaranya menerusi doa.
Selamat mencuba.....
Monday, February 11, 2008
Program kepimpinan pengawas dan ketua darjah di Alor Setar
Sunday, February 3, 2008
program SMART belajar di Telok Bahang, Pulau Pinang.
- sentiasa terurus
- belajar secara lebih efisyen
- mengurus kerjs rumah secara lebih baik
- mengambil nota secara lebih berkesan dan cuba mengingatinya
- membaca secara lebih pantas
- dapatkan markah yang lebih baik atau tinggi setiap kali ujian diambil.
mengapa anak-anak kita perlu belajar bijak.....sebabnya ramai di kalangan anak-anak yang bijak pandai ketika UPSR tetapi mulai mengalami kemerosotan bila satu atau dua bulan sesi persekolahan bermula di tingkatan 1 atau 4. Ada juga anak-anak yang menambah jam belajarnya tetapi masih memperolehi markah yang rendah ketika ujian....ini memang memenatkan...merisaukan juga.
Program pada 16 Februari 2008 ini akan cuba membantu pelajar dari dua sudut.....pertamanya cuba meningkatkan markah ujian atau peperiksaan mereka dan kedua cuba meningkatkan semangat dalaman mereka (self-esteem). Pelbagai kaedah pembelajaran akan diperkenalkan selain pelajar akan diajak untuk mengenali dan membangunkan personaliti mereka sendiri. Jik apersonaliti mereka sudah terbangun, nescara mereka mampu untuk membangunkan sama minda, hati dan semangat mereka dari dalam diri sendiri. Oleh itu rangsangan minda, hati dan semangat perlu diaktifkan supaya keseimbangan dapat dicapai dalam diri masing-masing.
Selamat berjumlah pada 16 Februari 2008 di Telok Bahang, Pulau Pinang.
Wednesday, January 30, 2008
tabiat anak suka membuang barang
Si anak kemudiannya memeluk ibu muda tadi.......
mengapakah sianak kerap membuang barang milik mereka seperti kasut.....atau botol susu ketika mereka marah atau meragam.....jawapnya mereka mahukan perhatian 100 peratus. Cuma apakah kita cukup memahami anak-anak ini. Apakah kita cukup sabar dengan karenah mereka. Saya cukup yakin ibu mahupun nenek memang cukup sabar. Mereka memang penyabar orangnya.
Jika anak-anak membuang barangan mereka.....ambil lah ......biar beberapa kali. Jangan anggap itu sebagai protes tetapi anggap itu sebagai anak yang sedang memancing kasing sayang kita....mengumpan kita.....jika kita seekor ikan dan memakan umpan itu....tentunya mereka akan gembira.