Monday, January 25, 2010

Anakku

Suatu pagi, pagi ahad. Ketika bersama isteri menikmati Mc.D di Bandar Perda. Ada Pasangan muda berbangsa Cina turut menikmati Mc.D bersamam anak sekecil satu tahun. Baru pandai berjalan...... Anak ini comel, berkepala bulat....macam baby orang putih. Ertinya cara baby ini tidur memang mengikut cara betul, tidurnya tertiarap dengan kepala mengiring ke kanan atau ke kiri. Tidak seperti kebanyakan baby Melayu, berkepala leper. Ertinya anak ini ditidurkan dengan cara terlentang. Tempurung kepala baby masih lembik dan jika cara tidurnya tidak betul, bahagian belakang kepala akan lebih leper berbanding menggunakan kaedah yang betul. So what.....ya so what, ia ada kaitan dengan pembesaran otak ana-anak. Jika tempurung kepala bulat, ertinya otak tidakmengalami stress untuk berkembang. Perkembangan awal otak sangat penting kerana ia menentukan masa depan anak itu sendiri.

Anak dan ibu asyik bermain.....anak takut untuk berbain gelongsor....si ibu tunjukkan cara mengelonsor....ibu turut bermain gelongsor. Walaupun gelongsor agak kecil untuk si ibu tetapi ibu tunjukkan car amengelongsor pada si baby.......lalu baby pelahan-lahan mengelongsor seperti ibunya......cantiknya, si ibu selepas mengelongsor ia bangun.....tetapi baby ini selepas mengelongsor ia panjat semula gelongsoran itu......bukan naik melalui tangga tetapi melalui gelongsoran dan itulah proses pengajaran dan pembelajaran baby dan ibunya. Baby ketawa....ibu jug aketawa dan ayah juga ketawa.....mereka semua ketawa. Alangkah bagusnya semua masyarakat begitu.

Bukankah ibu itu juga seorang guru, jika tidakmasakan kita boleh sampai ke tahap ini......