Sunday, September 21, 2008

Anak bertatih dan pra sekolah

Asalamualaikum wbt. Lama benar saya tidak up-date laman ini. Kali ini saya akan berbicara sedikit tentang anak bertatih dan pra sekolah.

Saya sukakan anak kecil. Apabil amelihat anak kecil bertatih mahupun pra sekolah, hati jadi sayu dan sejuk. Hilang rasa stress dan migrain. Anak kecil mempunyai ketelusan. Jiwa masih bersih dan pada wajah mereka terpancar nur yang sangat hebat sehingga ia menyejukkan hati yang memandang.

Baru-baru ini, saya berada di Tesco. Ketika mahu membayar di kaunter di hadapan saya ada satu keluarga, seorang bapa, dengan ibunya dan seorang anak kecil ...barangkali berusia dua tau tiga tahun. Kita kategorikan anak bertatih atau pra sekolah. Ketika hendak membayar, juruwang memberitahu ibu tadi (nenek kepada baby ni le) jumlah kesemuanya ialah RM457. Barangkali nenek ini kurang jelas pendengaranya, menyoal sekali lagi juru wang tadi " berapa ?"..balas juruwang kembali "RM457 makcik".......kemudia si bapa bertanya kepada ibunya "berapa?"...si ibu kurang jelas.....er ....er...RM 457......si bapa mencelah lagi " berapa dik?......kemudian, dram abermula depan saya....si anak kecil yang berada di belakang nenek tadi...memegang baju si nenek, berkata berulang-ulang kali RM 457 la.......ayah RM 457.......ayah...ayah.....RM 457......457. Si ayah lantas berkata kepada anaknya........."diam!!!!!". Well....anak tadi pun diam.

Saya melihat proses pembelajaran yang terencat. Anak ini psikologi P & P nya terkoyak. Perkataan "diam" itu mengandungi perasaan marah yang tidak tentu pasal puncanya. Barangkali ada cara lain untuk menghargai perasaan naak tadi supaya suasana P & P menjadi lebih "cool" dan harmoni.

Ibu bapa sekelian....anak-anak bertatih atau pra sekolah sedang belajar dan mereka cepat belajar. Otak mereka sangat kuat untuk mengingat dan menggambarkan. Jika kita salah cara untuk menanganinya, ia memberikan kesan buruk. Anak akan menyimpan perkataan "diam" itu dalam mindanya dan ia akan menjadi anak yang "diam" tak mahu menyoal kerana Ibu bapanya telah memberikan pengajaran yang cukup jelas ketika mereka melalui proses tumbesaran seperti peristiwa tadi.....so parrent...watchout your words.....say apun belajar daripada peristiwa tersebut. Entah berapa banyak perkataan yang secara sengaja atau tidak kita telah melukakan hati kecil anak-anak kita. Subhanallah.

Saya menjadi insaf, tiba-tiba.
Dr. Main, Pennag 22/9/08.