Tuesday, June 10, 2008

Anak umpama kain putih

Asalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
Moga diberkati Allah. Ketika saya mengendalikan program 3 hari dua malam kem SMART pelajar anjuran Penang Port pada 3 hingga 5 Jun 2008 di Universiti Sains Malaysia baru-baru ini ada peristiwa yang menarik untuk saya kongsikan bersama-sama anda di luar sana. Saat penutup program, ibu bapa datang untuk menjemput anak-anak masing-masing. Di satu sudut saya bertemu satu keluarga yang mempunyai empat anak. Tiga lelaki dan yang paling kecil perempuan. Anak paling sulung mengikuti program. Justeru mereka sekeluarga datang bertujuan menjemput si abang. Asalnya saya perasankan anak bungsu ini seorang lelaki, kerana tenaga dan keletahny amemang seperti anak lelaki. Rambut dipotong pendek seperti lelaki, justeru anak yang berusia empat tahun ini kelihatan memang seperti lelaki....sangat lasak. Namun, ia cukup mudah mesera dengan anak saya seorang perempuan yang berusia 19 tahun. Ketika bermain bersama anak saya..... satu soalan diaju, sapa nama.....anak kecil menjawab "alia", tinggal di mana......i aterus menjawab...... "rumah mak"......saya hanya senyum sebab kalau orang dewasa yang menjawab tentu ia akan berkata...."di Bayan Baru ke.....atau di Baling, Kedah ke dan sebagainya.......

Begitulah anak-anak.......bila berkata-kata hatinya masih lurus, jelas dan mudah.....betullah ia tinggal di rumah emaknya.

Cuma apa yang kurang betulnya ialah cara ibu bap amembesarkannya, ia mempunyai tiga anak lelaki yang sangat aktif.....orang Kedah kata "buas", jadi si abang-abang selalu membuli adik kecil ini dan menyediakan persekitaran membesar sebagai lelaki. Impak kepada anak kecil ini ialah ia akan mengikut atau meniru prilaku abang-abang dan lebih kurang bijak bila ibu bapanya memakaikan anak perempuan ini dengan pakaian gaya lelaki....akhirnya anak perempuan ini jika tidak diubah gaya dan persekitaran membesarnya ia mungkin akan menjadi "tomboy"

Anak perempuan perlu diasuh sebagai anak perempuan. Anak lelaki perlu dididik supaya menghormati dan menjaga keselamatan adik perempuan mereka. Kita sebagai ibu bapa perlu peka tentang hakikat ini dan memastikan anak-anak membesar mengikut landasan yang betul. Pakaikan anak perempuan dengan pakaian perempuan dan hiasi mereka dengan perihiasan untuk memolekkan personaliti mereka. Latihkan anak lelaki supaya menjaga dan menghormati adik atau kakak mereka. Jika kita boleh berbuat demikian, pastinya kita mampu melahirkan generasi lelaki yang tahu menghormati seorang perempuan.

SubhanaAllah.