Wednesday, January 30, 2008

tabiat anak suka membuang barang

kelmarin ketika saya menghantar anak ke kelinik kerana demam saya tertarik dengan perilaku anak berusia setahun atau setahun setengah...comel bersama ibu dan neneknya. Barangkali anak ini demam kerana ia kelihatan seperti seorang yang sedang demampun. Batuk kecil dan kelihatan lemah. Anak ini duduk antara ibu dan neneknya dan saya asyik memerhatikan perbuatannya. Perbuatannya yang paling menarik perhatian saya ialah ia sering membuang kasut comelnta walaupun beberapa kali ibunya mengambil dan memakaikannya kasut berwarn apink itu. Anak perempuan ini sekali lagi membuang k asut tersebut. Ibu tak berputus asa kembali mengambil kasut dan memakaikan pada kaki comel anak kecil ini....sekali lagi ia membuang kasut itu.....kemudian bila ibu letih, si nenek pul amengambil giliran mengutip kasut kecil yang dibuang oleh si cucu. Perkara ini berulang-ulang, buang....ambil....buang....pungut. Si anak kecil berkata :buang barang tu......atau buang kasut tu......dan si ibu tetap menganbil dan memakaikannya sehingga akhirnya bila peristiwa tersebut berulang-ulang si ibu mengambil tetapi tidak memakaikan kembali di kaki si anak.....

Si anak kemudiannya memeluk ibu muda tadi.......

mengapakah sianak kerap membuang barang milik mereka seperti kasut.....atau botol susu ketika mereka marah atau meragam.....jawapnya mereka mahukan perhatian 100 peratus. Cuma apakah kita cukup memahami anak-anak ini. Apakah kita cukup sabar dengan karenah mereka. Saya cukup yakin ibu mahupun nenek memang cukup sabar. Mereka memang penyabar orangnya.

Jika anak-anak membuang barangan mereka.....ambil lah ......biar beberapa kali. Jangan anggap itu sebagai protes tetapi anggap itu sebagai anak yang sedang memancing kasing sayang kita....mengumpan kita.....jika kita seekor ikan dan memakan umpan itu....tentunya mereka akan gembira.

Monday, January 7, 2008

Testimoni...program anakkusayang

Lama saya tidak menulis di blog ini. Kelmarin ketika saya menghubungi sambungan 4103, di USM, Pulau Pinang saya disapa oleh pihak yang menyambut talian saya itu....Dr. saya adalah ibu kepada anak yang pernah kaunseling bersama Dr. dulu......sebenarnya saya pun tidak ingat tarikhnya. Namun pelahan-lahan saya dapat mengimbas siapa anak beliau itu. Seorang anak yang dalam lakarannya melukis pokok api. Yang kalau boleh bila besar nanti dia akan tembak bapanya sendiri. Hari ini dalam perbualan menerusi talian tersebut, saya cukup gembira kerana anak ini sudahpun menjadi seorang guru dan mengajar di sekolah menengah yang sangat hampir dengan rumah saya. Kataanya, kalau dia dapat anak nanti dia akan mendidiknya sama macam ayah......katanya didikan ayah cukup berkesan. Seorang anak yang semasa kecil sering disebat oleh ayahnya....bukan sahaja dengan rotan tetapi juga hengar (pencangkuk baju).....seorang kanak-kanak yang menyimpan perasaan marah keatas bapanya semasa kecil sekarang berterima kasih kerana cara ayahnya itu memberikan kejayaan kepadanya. Malah ia mahu menggunakan kaedah yang sama untuk mendidik anaknya. Positifnya, kesan didikan ayaahnya ia boleh menjadi seorang guru....negatifnya, ia mahu menggunakan kaedah yang sama untuk mendidik anaknya......atau muridnya?. Sesuatu yang perlu anda pelajari, jika kita mendidik dengan cara memukul.....kesinambungannya ialah cara didikan yang akan disampaikan oleh anak-anak kita kepada sama ada anaknya sendiri atau anak orang lain ialah cara memukul dan kesinambungan ini sudahpun berlaku......oleh itu sebelum kita bertindak ...fikirkan dahulu kesannya.